Home » » Sinopsis Drama Nasuha TV9

Sinopsis Drama Nasuha TV9

Nasuha Sinopsis 

Drama Nasuha mengisahkan mengenai gadis manis, Nasuha lakonan Tasha Shilla dibesarkan dalam sebuah keluarga yang daif. Dia dibesarkan oleh kedua ibu bapa, Salima (Amyza Aznan) dan Nasrun (Azhan Rani).

Nasrun seorang nelayan tetapi membuat keputusan untuk bekerja di darat dengan menjual sayur-sayuran di pasar kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan anaknya. Nasuha bersahabat baik dengan Zahid lakonan Shah Iskandar.

Mereka sangat rapat dan Zahid juga sering membela Nasuha jika dia diejek oleh kanak-kanak yang lain. Zahid juga sanggup mencuri untuk menggembirakan hati Nasuha.

Malangnya perbuatan Zahid diketahui oleh ayahnya Imran (Roy Azman) lalu bertindak memukul Zahid.

Dijadikan cerita kerana itu juga Nasuha telah dilanggar ketika ingin memulangkan pensel warna yang dicuri Zahid. Nasuha mengalami kecederaan serius di bahagian mata dan membuatkannya tidak lagi dapat melihat.

Pada mulanya, Nasuha yang masih kecil tidak dapat menerima keadaannya yang buta. Nasrun sering kali mengingatkan Nasuha, bahawa ini adalah ujian dan takdir yang harus dia terima.

Malang sekali lagi menimpa, apabila Nasrun hilang di laut dan mayatnya tidak dijumpai. Persahabatan Zahid dan Nasuha masih kekal erat. Semakin dewasa, Zahid mula mencintai Nasuha. Namun, takdir sekali lagi menduga Nasuha, apabila Zahid pula hilang di laut ketika mahu menyelamatkan Nasuha yang tergelincir daripada bot dinaiki mereka. Nasuha bersedih dengan kehilangan Zahid kerana dalam diam dia juga rupanya mencintai Zahid.

Setahun kemudian, muncul pula Irfan (Fattah Amin), anak orang kaya di kawasan perkampungan Nasuha. Irfan tertarik melihat Nasuha tanpa dia ketahui Nasuha sebenarnya buta.


Setelah mengetahui kekurangan Nasuha itu, Irfan merasa simpati dan mula jatuh cinta pada Nasuha.

Hal itu menimbulkan kemarahan Marina (Miera Liyana), tunang kepada Irfan. Marina yang sememangnya mahu memiliki Irfan membuat rencana untuk membunuh Nasuha dengan bantuan Zack tanpa diketahui Zack sebenarnya adalah Zahid.

Adakah Zack atau Zahid akan membunuh seorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Ikuti perjalanan penuh cabaran Nasuha menerusi slot Ratu, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.

Drama Nasuha ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd milik Fadzil Teh.


Lagu Tema OST Nasuha ialah Terhakis nyanyian Aweera.



 
Chatroom