Home » » Panduan Jogging Untuk Kesihatan

Panduan Jogging Untuk Kesihatan

Jogging bahayakan kesihatan?
Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.

Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.

Di sini adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman dengan berjogging: Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan anda.

* Jika anda berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.

* Berjogging di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan anda. Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit kekejangan.

* Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami di kalangan mereka yang berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang anda akan menerima kira-kira 10,000 pusingan pelakuan yang tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.

* Sakit jantung adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pertengahan umur yang tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yang tidak sihat dilatih berjogging berduaduaan adalah untuk memudahkan salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang sakit jantung.

* Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya mengganggotai kelab yang baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.

* Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jika anda tidak memperdulikan amaran itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga menemui ajal.

* Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung anda dan pertukaran hormon yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.

* Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk, pastikan anda berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulangkali.

* Berlari boleh menyebabkan anda ketagih. Apabila anda berlari, tubuh anda akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila seketika akan membuatkan anda ketagih.

Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:

* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh anda.

* Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

* Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.

* Jika anda menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi anda daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.

* Sistem pernafasan anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas.

* Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya telefon bimbit. Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan anda.



 
Chatroom