Home » » Sinopsis filem Zombi Kilang Biskut arahan Mamat Khalid

Sinopsis filem Zombi Kilang Biskut arahan Mamat Khalid

Sinopsis filem Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.


Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.

Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Semuanya bakal terjawab dalam filem yang akan mula ditayangkan pada Ogos 2013.


Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut adalah filem pertama diterbitkan syarikat milik Mamat Khalid, Enjit Enjit Semut Sdn Bhd dengan bajet RM1.9 juta.

Zombi Kilang Biskut melakukan penggambarannya di sekitar Chemor, Jelapang dan sekitar bandar raya Ipoh.



 
Chatroom