Home » » Mitos punca kerosakan gigi dan pembentukan kaviti

Mitos punca kerosakan gigi dan pembentukan kaviti

Kaviti menjadi punca kerosakan gigi tetapi ramai tidak tahu bagaimana kaviti terbentuk dan cara pencegahannya. Berikut pelbagai mitos mengenai punca kerosakan gigi dan pembentukan kaviti serta fakta mengenainya:

Gula punca utama kaviti

Fakta: Hakikatnya, asid yang dihasilkan bakteria di dalam mulut menyebabkan kaviti. Ini berlaku apabila makan makanan mengandungi karbohidrat seperti nasi, kentang, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyebabkan bakteria menjadi aktif dan menghasilkan asid.

Apabila memberus gigi di kawasan yang sukar dicapai ini, ia akan menyebabkan kemunculan kaviti. Bukan jumlah karbohidrat yang dimakan menyebabkan kerosakan gigi, sebaliknya jangka masa gigi terdedah kepada karbohidrat yang menyebabkan kaviti terbentuk.

Lemon penyebab kerosakan gigi

Fakta: Makanan berasid seperti lemon, jus sitrus atau minuman buah-buahan tidak menyebabkan kaviti tetapi boleh menyebabkan enamel dalam keadaan bahaya.
Asid boleh menyebabkan hakisan enamel gigi, justeru ia melemahkan gigi.

Gosok Gigi

Kanak-kanak lebih cenderung mendapat gigi berlubang berbanding orang dewasa

Fakta: Dengan bantuan fluorida dalam air atau ubat gigi, pencegahan dan penggunaan yang bijak, kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak sekolah semakin berkurangan.

Namun ada peningkatan kaviti di kalangan dewasa kerana penggunaan ubat-ubatan yang menyebabkan kekeringan mulut dan seterusnya mengurangkan air liur.

Air liur penting dalam memerangi kerosakan gigi kerana ia membantu meneutralkan asid, membasmi kuman dan membantu mencegah makanan daripada melekat pada gigi.

Aspirin diletakkan pada gigi akan membantu mengurangkan kesakitan gigi

Fakta: Aspirin adalah berasid, meletakkan pada gigi sebenarnya boleh membakar tisu gusi, sekali gus menyebabkan nanah.

Semua tampalan perlu diganti

Fakta: Tampalan yang rosak perlu diganti jika tidak, kaviti akan terbentuk di sekeliling.

Jika anda memberus gigi dengan betul sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi dan flos atau menggunakan pembersih yang terletak di antara gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, kerosakan gigi berkurangan dan tampalan boleh bertahan lama.


Gigi sensitif bermakna gigi anda mengalami kerosakan

Fakta: Gigi sensitif akan menyebabkan kesakitan pada gusi dan mendedahkan kepada masalah akar gigi. Selain itu, kesalahan dalam memberus gigi juga menyebabkan masalah ini berlaku.


Anda tidak perlu bimbang kaviti pada gigi bayi

Fakta: Gigi bayi memerlukan ruang untuk gigi kekal. Jika kaviti tidak dirawat pada gigi susu, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Kadang-kadang jangkitan boleh merebak ke kawasan lain dan memerlukan rawatan segera.



 
Chatroom