Home » » Khasiat buah mengkudu bantu awet muda

Khasiat buah mengkudu bantu awet muda

Khasiat mengkudu

Morinda citrifolia atau mengkudu mempunyai banyak khasiat terutama jika dimanfaatkan secara berterusan.

Kajian Ahli Biokimia Universiti Hawaii Amerika Syarikat, Dr Ralph M Heninicke mendapati, mengkudu mengandungi zat pencetus xeronine yang dipanggil proxeronine.

mengkudu

Xeronine penting untuk menggalakkan pertumbuhan tisu dalam badan manusia menerusi tindak balas bahan kimia antara proxeronine dan proxeronase.

Interaksi bahan kimia terbabit membantu untuk membesarkan liang pada usus kecil dan mempercepatkan serapan bahan nutrien ke dalam sistem pemakanan.

Bahan ini berfungsi mengembalikan ketahanan badan yang antara lain melambatkan proses penuaan. Buah mengkudu juga elok untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis, sakit sendi dan tekanan darah tinggi.



 
Chatroom