Home » » Makanan kurangkan masalah nafas berbau

Makanan kurangkan masalah nafas berbau

Lima makanan segarkan nafas

Bagi mereka yang mempunyai masalah nafas berbau, lima jenis makanan mungkin dapat menyegarkan kembali nafas anda.

Teh hitam boleh mengurangkan bau nafas kerana kandungan polifenolnya. Selain itu, pengambilan yogurt secara rutin sehingga enam minggu boleh menghalang bau mulut kerana makanan ini mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.

Walaupun nampak kuno tetapi sirih sebenarnya mengandungi klorofil yang menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten.

Buah-buahan atau sayur-sayuran segar seperti epal juga membantu menghilangkan plak pada gigi yang menjadi punca mulut berbau malah meningkatkan penghasilan air liur.

Buah oren juga menyebabkan bau mulut berbau wangi kerana kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah ini membunuh bakteria.



Vitamin C ini juga berperanan melawan penyakit mulut seperti radang gusi.



 
Chatroom