Home » » Risiko penyakit pembuluh darah

Risiko penyakit pembuluh darah

Risiko penyakit pembuluh darah

Kita sedia maklum bahawa terdapat kaitan secara rapat antara kegemukan dan penyakit jantung. Ia menjadi faktor utama seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol.

Penurunan berat badan banyak membantu dalam menurunkan kadar kedua-dua penyakit yang berkaitan dengan jantung ini. Kajian epidemik menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 3 mmHg tekanan sistolik dan 2 mmHg peningkatan tekanan diastolic apabila berat badan seseorang itu meningkat sebanyak 10 kilogram melepasi paras berat badan biasa.

Manakala untuk setiap 10 peratus peningkatan berat secara relatifnya dianggarkan bahawa 6.5 mmHg peningkatan terhadap sistem tekanan darah dalam tubuh.

Dalam satu kajian juga menunjukkan bahawa individu yang mempunyai berat badan berlebihan adalah berisiko lebih dari tiga kali ganda untuk menghadapi hypertension (darah tinggi) dan lebih 1.5 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kolesterol berlebihan berbanding dengan orang yang mempunyai BMI normal.

Diabetes
Sejumlah 30 peratus daripada jumlah kematian penyakit diabetes (kencing manis) disebabkan oleh faktor amalan diet pemakanan yang tidak seimbang serta corak kehidupan yang tidak sihat.

Obesiti atau kegemukan berlebihan adalah salah satu punca risiko utama dalam perkembangan diabetes jenis dua iaitu `non-insulindependent diabetes mellitus' (NIDDM).

Maklumat daripada kajian juga menunjukkan NIDDM adalah tiga kali ganda lebih biasa di kalangan orang obesiti berbanding tiada obesiti.

Kanser

Satu kajian besar yang telah dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kadar kanser prostat dan kolon adalah lebih tinggi di kalangan lelaki obesiti.

Manakala kanser seperti uterus, servik dan ovari menunjukkan peningkatan ketara di kalangan wanita obesiti. Sementara itu wanita yang hampir menopaus pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Penyakit jantung dan pernafasan

Faktor mekanikal berkaitan dengan lemak berlebihan dalam badan boleh menjurus kepada kegagalan peparu berfungsi dengan baik. Obesiti yang tidak terkawal menjadi punca tidur berdengkur dan kegagalan bahagian sebelah kanan jantung untuk berfungsi.

Data daripada penyelidikan juga menunjukkan pesakit obesiti dan kadar kematian telah menunjukkan secara jelas hubung kait antaranya yang mencatatkan peningkatan risiko penyakit jantung dan kegagalan jantung berfungsi.

~ BH





 
Chatroom