Home » » Kelebihan/kebaikan sel stem epal

Kelebihan/kebaikan sel stem epal

Kelebihan sel stem epal

* Menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis dan membentuk pigmen.

* Memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

* Berkeupayaan memperbaiki tisu dan sel tubuh.

* Menggalakkan penghasilan sel baru.

* Bantu melindung sel induk kulit manusia daripada ancaman ultra lembayung.


Sel stem epal
Sel stem semakin mendapat perhatian dalam penghasilan produk kecantikan. Sebelum ini, sel stem daripada tubuh manusia dan haiwan, termasuk tali pusat bayi serta organ dan sel sumsum tulang manusia `diambil' dalam menghasilkan produk kecantikan.

Ketika itu, ramai penyelidik mempercayai sel stem adalah rumusan terhebat dalam menyasarkan kulit idaman, kerana sel berkenaan berpadanan dengan penggunanya, iaitu manusia.

Kajian mendapati, dalam banyak jenis buah-buahan, sel stem epal dikatakan terbaik, tetapi bukan semua jenis epal bagus dan memiliki kualiti sama.

Sebaliknya epal jenis Uttwiler Spatlauber berasal dari Switzerland saja, kaya dengan phytonutrien. Sejenis protein sel yang berkemampuan `hidup' lebih lama. Ia dibuktikan apabila epal jenis itu, berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk.

Justeru, tidak menghairankan apabila ia dianggap epal ajaib dalam mengembalikan keremajaan wajah. Ia turut berkemampuan menggalakkan pertumbuhan sel kulit, seterusnya memperbaiki sel kulit mati, menjadikan jelapang kulit lebih cantik dan menarik.

Di Switzerland, rata-rata penduduknya mengamalkan makan epal Uttwiler Spatlauber kerana ia diyakini ejen awet muda.

Amalan makan sebiji epal setiap hari sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan.

Kajian membuktikan kandungan vitamin C dalam epal membantu `melewatkan' proses penuaan, menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Bahan antioksida di dalamnya, secara tidak langsung boleh menghalang sel daripada rosak dan mematikan bahan radikal bebas berbahaya, katanya.

Dari segi kesihatan tubuh pula, elemen ohytonutrient dalam epal turut membantu melambatkan proses pengoksidaan kolesterol atau proses berperanan menyebabkan penyakit jantung.



 
Chatroom