Home » » Pelik. Kuruskan badan dengan diet makan serangga

Pelik. Kuruskan badan dengan diet makan serangga

Diet Makan Serangga Lawan Obesiti

Tak semua orang sanggup makan serangga kerana rata-rata orang mungkin geli untuk makan kumbang, ulat bulu dan semut. Namun menurut laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu memakan serangga boleh membantu melawan obesiti.

Lebih daripada 1,900 serangga dimakan oleh penduduk di seluruh dunia terutamanya di Afrika dan Asia.

Diet Serangga

Dnaindia.com memetik laporan yang disiarkan pada Isnin itu sebagai berkata banyak serangga mempunyai kandungan protein dan mineral sama seperti daging dan lebih kandungan lemak menyihatkan yang disyor untuk diet seimbang.

Selain itu, pemeliharaan serangga mungkin kurang bergantung kepada tanah dan kurang menghasilkan gas rumah hijau.

Restoran di Eropah juga mula menawarkan hidangan berasaskan serangga sebagai makanan eksotik mereka.

Kesan obesiti ini dilihat meningkat sebanyak dua kali ganda sejak 1980 dan ia memberi kesan kepada kira-kira 500 juta penduduk dunia.



 
Chatroom