Home » » Diet artis Bollywood, Anushka Sharma

Diet artis Bollywood, Anushka Sharma

Diet Anushka Sharma

Bintang Bollywood, Anushka Karma rajin ke gimnasium. Tanpa lemak di tubuh, dia tiada masalah langsung memakai bikini.

Menurut jurulatih Anushkha iaitu Amit Roy, aktres itu sentiasa ikut jadual yang ditetapkannya.

Anushka tetap datang ke gimnasium walaupun dia kepenatan di lokasi penggambaran. Kalau dia ada penggambaran filem, dia akan bersenam lebih kerap dengan melakukannya lima hingga empat kali seminggu.

Kemudian saya terpaksa ikut dia ke Srinagar dan Ladakh selama 15 hari. Anushka sangat suka makan tetapi nasib baik metabolismenya tinggi. Saya menetapkan menunya setiap hari (lima kali makan) tetapi kadang-kadang dia tipu saya, kata Amit sambil ketawa.

Jika anda mahu langsing dan cantik seperti Anushka, cuba amal diet sepertinya.

Dia akan memulakan harinya dengan mengambil sarapan secawan emping bersama susu dan dadih. Selepas dua jam, Anushka akan mengambil ayam panggang tanpa tulang bersama secawan nasi dan buah-buahan.

Tiga jam selepas itu dia makan dadih dan setengah cawan kekacang, diikuti tiga jam selepas itu ayam atau ikan panggang, sayur kukus, pasta dan kentang.

Menunya yang terakhir pada hari itu, dadih dan dua keping kek beras bersama mentega kacang dan jeli.




 
Chatroom