Home » » Pertandingan Johnson's Baby of The Year (JOHNSON’S Baby of The Year 2013)

Pertandingan Johnson's Baby of The Year (JOHNSON’S Baby of The Year 2013)

Johnson's Baby of The Year kembali membuka peluang kepada ibu bapa berkongsi keletah comel si manja dan memenangi mahkota idaman serta hadiah keseluruhan bernilai RM50,000.

Tahun ini, pertandingan Johnson's Baby of The Year meraikan ulang tahun ke-21 pencarian bayi paling comel, sihat dan pintar.

Pemenang Johnson's Baby of The Year akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, hamper barangan Johnson's baby bernilai RM1,000 dan penampilan eksklusif pada kulit majalah tempatan bernilai RM10,000.

Tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan hamper bernilai RM500, manakala pemenang ketiga akan memenangi wang tunai RM3,000 dan hamper Johnson's Baby bernilai RM300.

Seramai 17 peserta peringkat akhir masing-masing akan menerima wang sagu hati RM500 dan hamper Johnson's baby bernilai RM100.

Sempena ulang tahun ke 21 Johnson's Baby of The Year, 100 bayi bakal menerima hadiah sagu hati wang tunai RM100, setiap seorang.




Penjurian secara profesional

Panel juri, Dr Mimita Adchalingan berkongsi panduan dengan ibu bapa berdasarkan kriteria pemilihan direka pakar kanak-kanak.

Katanya, setiap bayi unik dan comel tetapi satu set kriteria pemilihan direka bagi memastikan proses pemilihan dapat dilakukan secara profesional.

Kami menapis peserta dengan menentukan tahap kesihatan fizikal mereka, menilai tekstur kulit yang bebas radang atau kesan luka, rambut yang sihat, ketinggian, berat badan dan perkembangan deria.

Kami turut melihat pertumbuhan mental dan sosial bayi dengan menilai gerak balas, koordinasi motor dan interaksi sosial mereka dengan persekitaran, katanya.

Tambahnya, ada sesetengah bayi tidak berkembang mengikut tahap normal dan ia adalah perkara biasa.

Namun, tidak mustahil untuk dia dimahkotakan sebagai Johnson's Baby of The Year jika memiliki faktor X yang berjaya menambat hati orang ramai, katanya.

INFO PERTANDINGAN

Pertandingan Johnson's Baby of The Year Terbuka kepada bayi berusia 1 bulan hingga 36 bulan.

* Penyertaan bermula dengan tiga langkah:

1. Rakamkan dua keping gambar terbaik si manja anda.

2. Beli barangan Johnson's baby bernilai RM10 ke atas, simpan resit sebagai bukti pembelian.

3. Akhir sekali, lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan resit pembelian serta gambar. Hantar penyertaan melalui pos atau talian.

* Boleh juga hantarkan penyertaan melalui kedai terpilih yang menyediakan sesi fotografi percuma.

* Tempoh penyertaan bermula sekarang sehingga 30 Jun.

* Maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com.

Sebanyak 120 hadiah lumayan telah disediakan untuk para pemenang JOHNSON’S® Baby of The Year 2013! Sudahkah anda menghantar penyertaan anda? Jika belum, layarilah http://bit.ly/BOTY2013 untuk mengetahui langkah-langkahnya! Semoga berjaya!

Datanglah ke roadshow kami untuk mendapatkan sesi photo shoot bagi si kecil! Untuk mengetahui lokasi terdekat, layarilah http://on.fb.me/13jfNLa.



 
Chatroom