Home » » Bahaya shisha lebih teruk 400 kali dari rokok

Bahaya shisha lebih teruk 400 kali dari rokok

Bahaya shisha lebih teruk 400 kali dari rokok!

* Shisha adalah rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok, juga dikenali `gelembung Hubble', amalan popular dari Asia Barat.



* Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

* Air di dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap selain turut mengandungi nikotin, karbon monoksida dan bahan lain seperti rokok biasa. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa.

* Penghisap shisha atau tembakau herba berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Ia disebabkan, dalam satu sesi menghisap shisha memiliki kecenderungan 4 hingga 5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida berbanding semasa menghisap rokok tembakau. Tingginya kadar karbon monoksida ini berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar.


* Perkongsian paip shisha mendedahkan pengguna kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit berjangkit biasa kita dengar tibi (batuk kering). Tidak hairanlah jika kes tibi di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

* Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut shisha berbahaya 400 kali ganda daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya tinggi berbanding rokok.

* WHO juga melaporkan, 17 peratus kes penyakit batuk kering, dikaitkan dengan penggunaan shisha.



 
Chatroom