Senaman aerobik
Suatu ketika dulu, senaman aerobik begitu digilai kanak-kanak dan wanita kerana tidak terlalu berat, sebaliknya menghiburkan apatah lagi ia dilakukan bersama iringan muzik berentak rancak.
Ia diminati ramai wanita kerana memberikan kesan begitu memberangsangkan, sama ada dari segi kesihatan mahupun kecantikan khususnya penjagaan bentuk tubuh.
Kini, ia masih diteruskan tetapi perlu bersaing dengan beberapa jenis senaman lain yang lebih cepat memberikan perubahan pada fizikal seseorang pengamalnya.
Aerobik adalah jenis senaman kardiovaskular yang memaksa jantung dan paru-paru untuk bekerja lebih kuat daripada kebiasaan di samping membantu proses penurunan berat badan.
Ini berikutan setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran, sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan.
Sebab itu, senaman aerobik mampu memberikan individu lebih variasi dengan tambahan keseronokan diimpikan dan pilihan sesuai untuk ramai wanita termasuk ibu yang baru lepas bersalin atau ada anak kecil.
Justeru, bagaimana dengan melakukan senamrobik ia boleh membantu untuk seseorang menurunkan berat badan?
Mudah dilakukan
Kita boleh mendaftar di pusat kecergasan ataupun melakukannya sendiri di rumah. Alternatif lain yang lebih menjimatkan adalah menyertai kelas senam aerobik dianjurkan secara percuma oleh sesiapa saja termasuk pihak sekolah, pejabat dan dan sebagainya.
Sekiranya anda malas untuk menyertai kelas seperti ini, cuba beli cakera padat berkaitan senam aerobik dan memasangnya di rumah. Selain dapat bersenam, kita juga dapat menggalakkan anak-anak dan seluruh keluarga mengamalkan gaya hidup sihat ini.
Cara mudah untuk membakar kalori
Ya, senaman aerobik adalah satu cara yang mudah untuk membakar kalori kerana apabila melakukannya, pergerakan yang diiringi muzik akan mengalihkan fokus minda kita kepada satu keadaan menenangkan dan mengelakkan kita daripada bosan.
Oleh itu, apabila kita kerap melakukannya, ia menjadi lebih mudah untuk badan membakar kalori berbanding larian mahupun aktiviti lain.
Muzik yang mengiringi senaman aerobik juga terbukti salah satu cara untuk menghilangkan tekanan yang kita alami seharian. Percayalah, apabila kita tidak bosan melakukan sesuatu senaman sebab kita gembira melakukannya, ia akan memberi semangat kepada kita untuk meneruskan senaman dan sekali gus menurunkan berat badan.
Cara mudah meningkatkan kadar metabolisma badan
Metabolisma adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).
Ini bermakna kita memerlukan kadar metabolisma yang tinggi untuk membantu proses penurunan berat badan. Senaman ini salah satu senaman yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan kerana ia membabitkan pergerakan seluruh badan, penggunaan otot badan yang akan memaksa jantung bergerak dengan lebih pantas, seterusnya membakar kalori di dalam badan.
Baik untuk sistem kardiovaskular
Senaman aerobik memberi banyak kebaikan untuk sistem kardiovaskular, sekali gus membantu menurunkan berat badan. Proses penurunan berat badan adalah satu proses yang unik di mana banyak sistem badan yang boleh dibaiki dan dirawat ketika proses itu berlangsung. Antaranya meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga dan stamina untuk melakukan tugasan harian, mempertingkatkan kawalan glukosa dan menguatkan tulang serta sistemnya.
Dengan kata mudah, kita akan lebih bertenaga dan aktif dalam melakukan aktiviti fizikal serta tidak berasa cepat penat. Semua perkara ini akan membawa kepada peningkatan metabolisma dan mempercepatkan penurunan berat badan.
Fakta kebaikan senaman aerobik
* Membantu memperluaskan paru-paru dan meningkatkan stamina serta kekuatan otot.
* Menjaga jantung dan paru-paru supaya dapat bekerja dengan baik.
* Meningkatkan koordinasi penting untuk gaya hidup sihat.
* Kaedah bagus membentuk tubuh.
* Membakar kalori dan menurunkan berat badan.
* Membantu meningkatkan kepadatan tulang dan membantu mengurangkan risiko osteoporosis.
* Peluang bertemu dan berkenalan dengan teman baru.
* Meningkatkan semangat dan endorfin, sekali gus menimbulkan perasaan senang hati dan mengurangkan risiko kemurungan.
* Membuatkan fikiran tenteram dan aktif.
* Meningkatkan dan membantu merangsang memori dengan mengingati semua langkah.
* Membantu masalah tidur.
* Meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.
Oleh Kevin Zahri