Pemakanan dan riadah
Ada beberapa perkara yang tidak boleh dianggap ringan apabila ia dihubungkan dengan penjagaan kesihatan badan dan minda iaitu sukatan makanan, tidur (kerehatan minda) dan senaman (kesihatan badan).
Dengan demikian, kita dinasihati mematuhi nasihat di bawah ini.
1. Amalkan makan apabila lapar, minum apabila dahaga dan berhenti makan sebelum kenyang.
Ungkapan ini bermaksud bahawa kita makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Dengan demikian, diharuskan makan untuk memenuhi 1/3 daripada isi perut.
Jika makan terlalu banyak, perut menjadi berat.
Perut yang berat akan menyebabkan seseorang malas dan mata mudah mengantuk.
Kita memerlukan kecergasan untuk melakukan aktiviti sehari-hari.
Jika makan terlalu kenyang dan perut jadi berat,kita tentu rasa malas bekerja dan segera mengantuk.
Walau bagaimanapun, anda jangan makan terlalu kurang. Jika kurang makan, anda akan kehilangan tenaga .
2. Makanlah bahan makanan yang segar dan berzat.
Telur, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat membantu pertumbuhan badan dan otak.
Sehubungan dengan ini, kurangi memakan makanan segera dan meminum kopi atau minuman lain yang mempunyai kafein.
Menurut kajian, makanan berkafein menyebabkan badan terasa segar tetapi segera mengantuk apabila ketiadaan bahan tersebut di dalam badan.
Bermakna, minuman atau makanan yang mengandungi kafein dapat menyebabkan `ketagihan'.
Sebab itulah, orang selalu minum kopi atau nescafe banyak-banyak untuk `berjaga malam'.
3. Lakukan senaman ringkas setiap hari seperti berjalan kaki pagi dan petang.
Senaman ringkas akan memberi kesihatan badan dan otak.
4. Patuhi prinsip menjaga kebersihan diri seperti mandi tiga kali sehari, memberus gigi pagi dan malam, memakai pakaian yang bersih dan mendandan rambut seperlunya.
5. Basuh muka dan cuci mata dengan losyen yang sesuai.
Bayangkan, setelah sekian lama berjaga siang dan malam, mata anda tentu letih dan tentu mata anda perlu dijaga dan dibelai.
Jangan sampai penglihatan kabur, nanti mengganggu kejelasan pemandangan anda.
6. Jaga perut supaya tidak sakit. Makanan yang seimbang dan minuman yang secukupnya, misalnya sembilan gelas air bersih setiap hari, dapat menghindar sakit perut. Kurangi meminum air bergas terutama pada waktu
pagi dan malam.
7. Pengambilan makanan dan minuman yang seimbang, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menjaga kebersihan anggota badan lainnya, membantu anda menjaga kesihatan diri dan minda sepanjang tahun
8. Berjumpa doktor sebulan sekali, untuk mengetahui tahap kesihatan diri.
Mintalah `multivitamin' daripada doktor, dan makan `multivitamin' setiap hari, tetapi jangan makan pil `tahan mengantuk'.
Pengambilan pil tahan mengantuk akan memudaratkan kesihatan badan dan minda.
9. Tunaikan solat lima waktu sehari semalam.
Berdoalah kepada Tuhan selepas mengerjakan solat supaya diterangkan hati, ditenangkan fikiran dan disihatkan tubuh badan dan minda sepanjang tahun.
10. Berpakaian bersih dan kemas
Pakaian yang kemas dan bersih mencerminkan hati dan minda yang bersih