Home » » Elak kerosakan hati

Elak kerosakan hati

Elak kerosakan hati

Badan kita tidak dapat berfungsi tanpa organ hati. Ini kerana hati mampu menyara keseluruhan sistem badan 500 kali ganda berbanding organ yang lain. Oleh itu, amatlah penting bagi kita menjaganya dengan baik.

Satu daripada fungsi terpenting hati ialah ia membersihkan darah daripada pelbagai unsur yang memudaratkan seperti dadah, bahan kimia, alkohol, toksin, virus dan bakteria sebelum merebak ke anggota badan yang lain.

Namun, hati juga akan cepat rosak sekiranya terdedah kepada unsur perosak.

Pengambilan minuman beralkohol dan merokok secara berlebihan dalam tempoh masa yang lama adalah satu penyumbang kepada masalah hati.

Selain itu, masalah berat badan berlebihan atau obesiti juga mengundang masalah berkaitan hati. Bakteria dan virus seperti virus hepatitis yang terperangkap dalam makanan tercemar atau terdedah kepada cecair badan daripada individu yang menghidapinya turut menyumbang kepada masalah kesihatan hati.

Untuk menjaga kesihatan hati, kita harus mendapatkan nutrisi yang mencukupi seperti vitamin dan mineral.

Hati perlu khasiat

Phosphatidyl Choline adalah nutrisi yang amat penting kepada hati. Ia boleh diperoleh daripada sumber seperti telur, kacang soya, makanan tambahan dan suplemen kesihatan.

Kajian terhadap Phosphatidyl Choline membuktikan nutrisi yang terkandung di dalamnya berfungsi untuk menjaga kesihatan hati secara sempurna. Elemen yang terkandung di dalamnya memelihara sel membran. Sel hati amat bergantung kepada membran untuk berfungsi. Hati dewasa mengandungi lebih kurang 33,000 meter persegi sel membran daripada Phosphatidyl Choline.

Kajian turut menunjukkan Phosphatidyl Choline membantu mencegah dan memulihkan pelbagai penyakit hati. Oleh itu, Phosphatidyl Choline adalah nutrisi yang amat penting kepada hati.

Selain itu, hati juga memerlukan vitamin B dan E. Vitamin B membantu metabolisma sel untuk menukarkan nutrisi kepada tenaga. Ia juga dapat membantu mencegah pengumpulan lemak pada hati.

Vitamin E pula membantu mengurangkan oksidatif stres kepada hati. Oksidatif ini menyebabkan toksin dan virus menyerang sel hati, merosakkan sel membran dan juga asid deokrisibonukliek (DNA) di dalamnya. Kekurangan vitamin E di dalam darah boleh meningkatkan oksida. Vitamin E menyokong sistem antioksidan dan mengimbangi radikal bebas serta oksidan bagi mencegah kerosakan hati.

Pengambilan Phosphatidyl Choline, vitamin B dan E, yang mencukupi dapat meningkatkan kesihatan kita.

Artikel ini disediakan oleh Seven Seas Limited daripada Merck, pengeluar utama dunia suplemen kesihatan, produk farmaseutikal dan sektor kimia, yang inovatif dan berteknologi tinggi.



 
Chatroom