Home » » Singkir lemak pada perut buncit

Singkir lemak pada perut buncit

Laporan Utusan Malaysia pada 30 Jun 2007 menyatakan 40.7 peratus daripada rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. Sementara itu, kajian yang dibuat oleh Reader's Digest Asia mendapati 40.7 peratus rakyat Malaysia adalah obesiti walaupun sebenarnya mereka menganggap keadaan mereka sihat.

Di antara faktor penyumbang kepada penambahan berat badan ialah mengambil kalori lebih daripada keperluan badan pada setiap hari.

Pada umumnya keupayaan tubuh wanita membakar kalori adalah 1,200 sehari manakala lelaki 1,800 sehari ketika rehat. Jika dalam sehari, kita terlebih mengambil 300 kalori, maka dalam masa sebulan jumlahnya menjadi 9,000 kalori. Bagi setiap 8,000 kalori yang tidak digunakan, ia akan tersimpan menjadi 1 kg lemak. Maknanya setiap bulan akan ada penambahan berat dalam lemak sebanyak 1 kg.

Pengumpulan lemak dalam badan amat merunsingkan terutamanya bagi wanita. Lemak berlebihan bukan sahaja mencacatkan penampilan malah boleh memudaratkan kesihatan.

Oleh itu, pelbagai cara dicari dan dicuba bagi menyisihkan lemak yang terkumpul di dalam badan. Ada yang mula melakukan senaman drastik, ada yang mendapatkan rawatan doktor, ada juga yang mencuba rawatan di spa dan salun kecantikan serta ada juga yang mengambil minuman herba bagi mencairkan lemak.

Menurut Pengurus Beauty Slim, sebuah pusat kecantikan yang menyediakan rawatan bagi memecahkan lemak, Hanita Mat Isa, masalah pengumpulan lemak banyak berlaku pada wanita Melayu kerana faktor pemakanan mereka. Kebanyakan makanan Melayu banyak menggunakan santan, lemak, minyak dan sebagainya.

"Pengambilan terlalu banyak makanan seperti ini tanpa disertai dengan senaman akan menyebabkan lemak terkumpul di dalam badan,'' katanya semasa ditemui di Gombak, baru-baru ini.

Beliau berkata, selain di perut, lemak banyak terkumpul di lengan dan paha. Bahagian-bahagian inilah yang sering menjadi masalah kepada wanita.

Ramai yang mengalami masalah buncit perut bukan sahaja bagi wanita yang telah melahirkan anak tetapi remaja juga. Ini kerana sistem penghadaman yang tidak betul, sukar membuang air besar, tidak bersenam dan banyak memakan makanan berlemak.

"Pelanggan yang datang akan diambil ukur lilit perut atau bahagian lain yang ingin dirawat. Kemudian berat badan akan diambil dan proses pemecahan lemak akan dijalankan.

"Mula-mula krim selulit khas bagi mencairkan lemak akan disapu pada perut dan seterusnya mesin khas akan ditekan perlahan bagi merangsang proses pemecahan lemak. Sekali rawatan akan mengambil masa selama 45 minit.

"Selepas itu ukir lilit perut pelanggan akan diambil semula dan pelanggan akan diberi minum teh pelangsingan bagi mempercepatkan proses pembuangan lemak melalui perkumuhan,'' jelas Hanita.

Beliau menambah, proses pembuangan lemak bergantung pada jenis lemak seseorang. Ada yang mengambil masa selama lapan jam dan ada juga yang memerlukan sehingga 12 jam.

Mereka yang mempunyai lemak berlebihan sebaiknya melakukan rawatan ini sebanyak dua kali seminggu dan diikuti dengan minuman teh pelangsingan setiap hari secara berterusan. Harga sebenar bagi sekali rawatan ialah RM60 namun harga promosi sebanyak RM28 akan diberikan selama sebulan bermula daripada artikel ini disiarkan.

"Biasanya sekali rawatan pelanggan akan dapat melihat hasilnya dan teruskan rawatan selama dua bulan sambil menjaga pengambilan makanan. Ada pelanggan yang turun di antara tiga hingga enam kilo setelah dua bulan rawatan.

"Rawatan ini bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh mencubanya. Jika berminat, bolehlah menghubungi 012-3285942,'' kata Hanita.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom