Apple sedang dalam perbincangan dengan Microsoft untuk menjadikan Bing sebagai enjin carian utama dalam iPhone menggantikan Google, lapor majalah BusinessWeek, semalam.
BusinessWeek yang memetik dua sumber yang mempunyai hubungan rapat dengan masalah itu berkata, perbincangan telah berlangsung selama beberapa minggu dengan memberi kesan kepada perkembangan persaingan antara Apple dengan Google yang sebelum ini merupakan enjin carian utama dalam iPhone.
Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt meletak jawatan daripada lembaga pengarah Apple pada tahun lalu dan syarikat enjin carian Internet serta gergasi pengiklanan ini, baru-baru ini mengeluarkan telefon pintar miliknya sendiri, Nexus One yang dilihat akan menjadi saingan kepada iPhone keluaran Apple.
Apple, baru-baru ini turut membeli syarikat pengiklanan telefon, Quattro Wireless, dua bulan selepas Google membeli AdMob iaitu pesaing Quattro Wireless.
Menurut BusinessWeek, perbincangan antara Apple dan Microsoft untuk menggantikan Google dengan Bing yang telah dilancarkan oleh Microsoft pada Jun lalu masih belum mencapai persetujuan dan mungkin akan mengambil masa.
Menjadi enjin carian laman web dalam iPhone membawa pulangan kewangan kepada Google menerusi pengiklanan yang dipaparkan bersama-sama keputusan carian dan perkongsian dengan Apple.
BusinessWeek, yang baru-baru ini telah dibeli oleh agensi berita kewangan Bloomberg turut memberitahu penggunaan Bing dalam iPhone akan memerlukan pengguna menyesuaikan penetapan telefon jika mereka mahu menggunakan enjin carian Google.
Majalah itu turut memberitahu bahawa Apple sedang berusaha menyediakan enjin cariannya sendiri dan rundingan dengan Microsoft mungkin 'hanya untuk mencuri masa.' - AFP
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
0 Komen:
Catat Ulasan