Sebuah air pancut coklat yang dipamerkan sempena pembukaan sebuah taman tema coklat di sini berjaya menarik perhatian orang ramai.
Pembinaan taman tema itu yang berkonsepkan alam fantasi coklat mendapat inspirasi dari buku Charlie and the Chocolate Factory karya novelis Britain, Road Dahl.
Selain air pancut coklat, ia turut menampilkan pelbagai rekaan coklat termasuk patung tentera terracotta coklat bersaiz manusia, Tembok Besar China coklat serta lukisan-lukisan terkenal yang turut diperbuat daripada coklat.
Taman tema yang dinamakan taman impian dunia coklat itu akan dibuka kepada orang awam pada 29 Januari ini. - AP
0 Komen:
Catat Ulasan