Diet semulajadi
Salad sayur-sayuran dan jus buah bagus untuk berdiet dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Setiap manusia memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan seharian iaitu makanan yang memberi dan menambah tenaga bagi memastikan badan berupaya melakukan kerja-kerja harian dan otak pula mampu berfikir.
Kesihatan yang baik juga berpunca daripada pemakanan yang seimbang dan sempurna kerana kesihatan merupakan aset penting bagi kita.
Sekiranya tanpa tahap kesihatan yang baik kita akan diserang pelbagai penyakit dan sukar untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna.
Namun masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa faktor pemakanan yang tidak sihat juga mengundang kepada masalah kesihatan yang boleh membawa maut dan secara tidak langsung merupakan punca utama penyakit yang kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Corak dan cara pengambilan makanan yang sistematik perlu dimulakan di peringkat awal lagi iaitu ketika kanak-kanak supaya amalan ini akan menjadi kebiasaan apabila menginjak dewasa dan memberikan kesan yang berterusan serta memberikan tahap kesihatan yang optimum.
Tabiat makanan semasa bercuti dan perayaan juga mengundang kepada permasalahan kesihatan kerana mengganggu jadual pemakanan sehingga tidak terurus.
Maklum saja, semasa bercuti kita makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan, tambahan pula hidangan kesemuanya sedap-sedap.
Apabila berat badan sudah naik mungkin inilah masa kita untuk berdiet, sebenarnya bukan susah untuk mendapatkan badan yang langsing serta sihat
Berikut beberapa cara untuk menguruskan pemakanan yang seimbang secara bijak bagi tujuan kesihatan diri kita.
Jika anda sedang berada dalam keadaan proses untuk menurunkan berat badan, amalkan pemakanan yang sihat. Amalkan diet yang menyarankan makanan tinggi protien.
Selain itu, hindari makanan ringan yang tidak membawa kepada kebaikan dalam kesihatan.
Mulakan pemakanan seimbang tersebut dengan tersusun namun harus diingatkan awasilah makanan secara teratur,
Lihatlah kesan dalam tempoh tujuh hari, pasti anda akan tersenyum sendiri.
Pertama, kurangkan pengambilan gula. Gula pasir, gula perang dan juga madu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan, oleh itu kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan anda.
Pengambilan bahan-bahan ini secara berlebihan boleh meningkatkan risiko diri anda kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis serta kanser.
Keadaan ini juga akan menjadikan diri anda kelihatan letih dan cepat penat.
Selain dari itu, atur pola pemakanan, menerusi diet ini juga anda harus melakukan senaman secara rutin. Misalnya, berjalan kaki atau berbasikal sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.
Oleh Zuhayati Yazid
0 Komen:
Catat Ulasan