Home » » Menonton TV lama risiko pada jantung

Menonton TV lama risiko pada jantung

Menonton TV lama risiko pada jantung

Mereka yang menghabiskan masa lebih empat jam sehari di hadapan televisyen dilaporkan berisiko tinggi untuk mati lebih awal berbanding mereka yang membataskan masa menonton televisyen.



Menonton skrin kecil bagi tempoh lama juga disifatkan tidak baik untuk jantung anda, kata satu kajian Australia yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Jantung Amerika.

"Berbanding dengan mereka yang menonton televisyen kurang dua jam sehari, mereka yang menonton lebih empat jam mempunyai 46 peratus risiko lebih tinggi untuk mati daripada semua sebab lain," kata penyelidik David Dunstan.

Mereka juga mempunyai peningkatan risiko sehingga 80 peratus daripada mengalami penyakit kardiovaskular, katanya.

"Duduk terlalu lama untuk tempoh yang panjang boleh menghalang badan daripada menggunakan otot dan memproses gula dan lemak dengan cukup," kata Dunstan.

Keputusan diperoleh daripada kajian selama enam tahun terhadap tabiat menonton sejumlah 8,800 penduduk Australia yang tidak membabitkan pengaruh faktor kesihatan lain seperti usia, jantina, merokok, berat badan dan senaman. � AFP



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom