Home » » Minyak kanola : Minyak masak sihat

Minyak kanola : Minyak masak sihat

Minyak masak kanola

MINYAK masak, jenama Family Choice yang diasaskan sejak 1993 dan terkenal di Australia kini diperkenalkan di negara ini. Jenama itu membawa empat produk tersendiri iaitu minyak kanola, minyak jagung, minyak biji bunga matahari dan minyak kacang soya.

Pengurus Besar Australia Pty. Ltd., Chan Kien Ming, berkata jenama baru diperkenalkan itu sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kualiti dalam makanan serta menghargai produk berasas semula jadi dan mempunyai piawaian keselamatan makanan yang tinggi.

Chan berkata, dengan kemewahan hidup rakyat Malaysia sekarang, kesihatan dan pemakanan semakin menjadi keutamaan di kalangan pengguna, sekali gus pelancaran minyak masak jenama itu di negara ini tepat masanya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Memandangkan minyak masak adalah ramuan utama di dapur Malaysia, ia berperanan penting dalam diet harian penduduk negara ini. Untuk itu adalah penting untuk menawarkan jenama minyak masak dengan kualiti yang terjamin kepada rakyat Malaysia, tetapi pada harga kompetitif untuk penggunaan setiap hari,” katanya.



Chan berkata, minyak penting kepada badan kerana ia membekalkan tenaga sambil membantu badan menyerap vitamin seperti Vitamin A, D, E dan K. Minyak juga adalah sumber asid lemak penting.

Minyak kanola adalah minyak masak paling sihat dan serba guna. Keadaannya yang ringan, jernih dengan rasa sederhana menjadikannya minyak ideal untuk memasak, membakar dan memerap. Ia bukan saja mengandungi tahap HDL atau “kolesterol baik” yang tinggi tetapi juga kaya dengan lemak Omega-3.

Minyak jagung di peroleh daripada jagung pula mempunyai rasa sederhana lembut dan mengandungi nisbah lemak Omega-6 yang tinggi manakala minyak biji bunga matahari, kaya dengan lemak Omega-6 dan juga antioksidan serta mengandungi Vitamin E yang menurunkan kolesterol.

Sementara, minyak kacang soya, minyak sayur kedua paling banyak dikeluarkan di dunia, mengandungi tahap lemak Omega-3 dan Omega-6 yang tinggi dengan kandungan protein 38 hingga 45 peratus. Semua minyak masak itu boleh didapati dalam botol 500ml, 1 liter, 2 liter dan 3liter pada harga antara RM10 hingga RM11.



2 Komen:

jen berkata...

sy harap rakyat malaysia kita ni x tertipu dgn iklan2 minyak masak yg berbagai2 nak tunjukkan betapa berkhasiatnya minyak jagung..kanola lah..apa lah..

ni bukan fakta dr saya ye..tapi mmg science fact..x percaya boleh rujuk pakar pemakanan..mungkin betul minyak2 tu berkhasiat dsbgainya...tapi...minyak2 tu akan berubah molekul bila dipanaskan...dan perubahan molekul minyak ni akak mendedahkan kanser kpd users..

minyak plg stable x kira panas atau biasa saja adalah minyak sawit...

Tanpa Nama berkata...

saya pengguna minyak masak bunga konola hampir setahun..tapi yg menjadi persoalannya mengapa minyak ini terlalu melekat pada dapur dan amat sukar untuk di cuci...

Catat Ulasan

 
Chatroom