Home » » Peraduan Rali Mulut Sihat Nasional Listerine Menangi Wang Tunai

Peraduan Rali Mulut Sihat Nasional Listerine Menangi Wang Tunai

Kajian yang dijalankan oleh Listerine pada 2007 mendapati bahawa orang dewasa Malaysia berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan oral, berkemungkinan berkaitan dengan salah faham tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa satu daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai nafas berbau, 20 peratus menghadapi kerosakan gigi, 24 peratus daripada mereka mempunyai masalah gusi berdarah dan kesemua peserta yang menyertai kajian tersebut kerap memberus gigi.

Memberus gigi sahaja hanya membersihkan anggaran 23 peratus daripada permukaan mulut kita. Bakteria mungkin dapat terus hidup di kawasan yang sukar dicapai dan seterusnya akan membentuk lapisan plak.

Plak akan menyebabkan gingivitis, iaitu pembengkakan gusi. Seterusnya gingivitis boleh menyebabkan periodontitis yang keadaannya tidak dapat diperbaiki lagi dan boleh menyebabkan kehilangan gigi.

"Semua masalah mulut akan menyebabkan ketidakselesaan dan mungkin mengganggu keberkesanan anda semasa bekerja atau ketika bersosial. Mulut yang sihat memastikan keyakinan diri dan kualiti iteraksi sosial dan kami mengesyorkan rutin empat langkah bagi menghindari masalah mulut," kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Lee Soon Boon.

Justeru katanya, untuk memastikan gusi dan gigi yang sihat adalah pencegahan.

"Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Penggunaan ubat kumur antiseptik mampu mencapai semua permukaan dan mengurangkan pembiakan bakteria dalam mulut," katanya.

Menurutnya lagi, kajian menunjukkan tambahan penggunaan ubat kumur kepada rutin memberus dan menggunakan flos mengurangkan lebih 52 peratus plak dan lebih 21 peratus gingivitis.

Sementara itu, Listerine dan MDA sekali lagi berganding bahu dalam mempromosikan tabiat kebersihan oral yang baik di kalangan orang dewasa di Malaysia melalui Rali Mulut Sihat Nasional Listerine.

Menerusi kempen ini orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 bermula 2 Januari hingga 31 Mei 2010.

Trak tersebut akan melalui kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dan akan berhenti di lokasi tertentu untuk menarik minat orang ramai menyertai kempen dan permainan yang dianjurkan.

Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan kebersihan oral dengan melekatkan pelekat kereta Mulut Sihat Listerine yang kemudian akan dipilih secara rawak oleh kenderaan khas pertandingan.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Joyce Lee, berkata, pemenang dinilai daripada mereka yang mempunyai kebersihan oral paling sihat berdasarkan keputusan yang ditentukan oleh panel Persatuan Pergigian Malaysia (MDA)

"Dengan hanya membeli sebotol Listerine Cool Mint atau Cool Citrus 250 milimeter yang disertakan dengan pelekat kereta Mulut Sihat secara percuma, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100 dengan serta-merta.

Ini merupakan tahun kedua Listerine dan MDA bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kesihatan mulut. Tahun lalu, kempen ini bertemakan "Lengkapkan Penjagaan Oral Harian dengan Ubat Kumur." Hasilnya, projek tersebut berjaya mendidik seramai 23,000 rakyat Malaysia mengenai empat langkah penting dalam mencegah penyakit gusi dan gigi, di mana 40 peratus daripada mereka tidak menggunakan ubat kumur.

Menerusi Rali Mulut Sihat Nasional Listerine, penganjur berazam untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan orang dewasa di Malaysia serta memperbetul salah faham umum bahawa memberus gigi sahaja sudah memadai untuk menghindari masalah kesihatan mulut.

Maklumat lanjut layari www.listerine.com.my.

Apa kata DJ Burn (Rueben)

"Saya diberi motivasi untuk mengamalkan rutin empat langkah untuk kesihatan oral yang baik kerana takut akan kehilangan gigi. Saya bangga dengan gigi saya yang putih. Saya pernah melihat betapa susahnya datuk dan nenek saya yang bergantung kepada gigi palsu."



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom