Home » » Cinta itu menyakitkan - Fahrin

Cinta itu menyakitkan - Fahrin

Bercinta itu amat menyakitkan namun, sesiapa sahaja memang memerlukan cinta dalam hidup termasuklah saya.

"Tetapi, buat masa ini saya sudaah letih memikirkan soal cinta. Sekarang adalah masa untuk saya utamakan tentang diri sendiri."

Itu tegas pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad tatkala bercerita mengenai nasibnya dalam bercinta yang seakan tidak memihak kepada dirinya.

Umum tahu bahawa Fahrin sudah dua kali putus cinta. Cinta pertamanya bersama Linda Onn dan seterusnya, Scha Al-Yahya.

Kedua-dua mereka pernah bergandingan bersama Fahrin untuk 'menghidupkan' suasana Sehati Berdansa selaku hos.

Namun, entah dimana silapnya, ia kini hanya tinggal kenangan pahit yang menyelimuti perjalanan sejarah cinta jejaka bertubuh sasa ini.

Sungguhpun begitu, menurut Fahrin, kegagalan dalam bercinta bukanlah membawa maksud gagal segalanya.

Ini kerana, jelasnya, meski sudah menempuh detik hitam apa yang diistilahkan sebagai bercinta, dia bersyukur kerana Allah memberikannya sedikit ruang untuk berjaya dalam hidup dan karier.

"Walaupun tidak bernasib baik (soal cinta), Alhamdulillah, nasib saya amat baik dalam hal lain.

"Sekarang ini, memang ada ruang kosong dalam diri tetapi buat pertama kali dalam hidup, saya memperoleh lebih masa untuk menyayangi diri sendiri.

"Allah itu maha adil. Syukur kerana Allah memberi saya kekuatan,'' katanya.
Mengulas lanjut, Fahrin berkata, dalam meniti hidup, dia kini merasakan perlu menghormati masa depannya yang tidak harus dikorbankan jika asyik memikirkan kisah lama.

Mengenai kisah percintaan bersama Scha yang putus, Fahrin menjelaskan bahawa segalanya berlaku sebelum menjelangnya Ramadan lalu.

"Waktu itu, saya tidak pernah menutup ruang untuk berbaik.

"Tetapi, selepas saya sendiri melihat kebenarannya terhadap nasib hubungan ini, saya ambil keputusan untuk tidak berbaik semula.

"Di peringkat awal, saya ingat mungkin kami tidak ada jodoh atau keserasian. Tetapi apabila masa berlalu, saya melihat sendiri kebenarannya,'' katanya.

Ditanya mengenai kebenaran yang diperkatakan, Fahrin memberitahu bahawa semua akan mengetahuinya suatu hari nanti.

Ujarnya, dirinya enggan untuk menyimpan perasaan dendam terhadap apa yang telah berlaku.

"Dengan apa yang telah berlaku, saya tidak akan rasa apa-apa atau rasa rugi. Jika anda semua ada di tempat saya, anda juga akan berasa seronok dan tertarik dengan permainan dunia," jelasnya penuh bermadah.

Ketika diajukan persoalan mengenai wujudnya pelbagai persepsi orang lain terhadap dirinya yang telah dua kali kecewa dalam percintaan, Fahrin berkata, sebagai artis, adakalanya dia percaya kepada bercakap bila perlu serta tepat pada masanya.

"Lebih banyak bercakap, kadang kala lebih memburukkan keadaan. Oleh itu, saya akan bercakap bila perlu.

"Selagi saya kuat dan bersabar, Allah pasti akan memberikan jawapan akan segala persoalan,'' katanya.

Mengenai caranya bekerja bersama Scha sewaktu Sehati Berdansa, kata Fahrin, segalanya dilakukan secara profesional.

"Ketepikan soal emosi dan peribadi,'' jawabnya ringkas.



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

sbar je la....
smue 2 dugaan idup...
j0d0h pertemuan d tngan 2han...
kte x prlu mncri cnta...
cnta 2 sndri akn dtg kpde kte ble tbe msenye nnti....

Catat Ulasan

 
Chatroom