Home » » Cherengin Hills Convention & Spa Resort ,Janda Baik, Bentong, Pahang

Cherengin Hills Convention & Spa Resort ,Janda Baik, Bentong, Pahang

Cherengin Hills yang beroperasi sejak setahun lalu menawarkan percutian hebat dengan pelbagai kemudahan disediakan.

Terdapat 136 bilik merangkumi jenis superior, deluxe, termasuk lapan eksekutif suite dan dua suite utama yang mewah.

Setiap bilik dilengkapi kemudahan moden termasuk TV LCD, speaker-telefon dengan mesej bersuara dan penyimpan data, in-house filem, akses Internet dan pengering rambut.

Anda juga boleh menikmati panorama alam semula jadi sambil menikmati hidangan tempatan, Barat dan Timur di Gelugor Garden, Bayu Terrace dan The Tampit.

Pada waktu malam, dalam suasana dingin dihembus bayu puncak bukit, anda pasti terhibur menonton 'live band' atau berkaraoke di Senja Music Lounge.

Jika gemar mandi sungai, anda boleh berkelah di Pulau Sentap atau berendam di Sungai Benus, Sungai Cherengin, Sungai Sum Sum dan Sungai Chemparoh.

Inginkan lebih cabaran, kakitangan rekreasi Cherengin Hills Convention & Spa Resort juga boleh membawa anda mendaki Gunung Nuang atau ke air terjun Kuala Gua.

Kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan menjadikan Cherengin Hills pilihan warga kota untuk beriadah termasuk aktiviti berbasikal, merentas hutan, 'team building' 'tele-match, paintball, berkuda dan lawatan ke ladang organik berhampiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Cherengin Hills, Mohd Fauzi A Latif berkata, banyak lokasi pelancongan di Janda Baik boleh dilawati jika berkunjung ke resortnya.

"Menjadi tetamu di Cherengin Hills membolehkan anda semua dibawa melawat beberapa produk pelancongan di sekitar Janda Baik, malah jika berkesempatan anda boleh menyertai pelbagai aktiviti yang kami sediakan.


"Resort ini bukan sekadar menyediakan 'tempat tidur' tetapi lebih daripada itu kerana kami ingin memperkenalkan anda dengan 'permata dan berlian' yang ada antaranya masih belum diketahui ramai," katanya.

Selain lokasi percutian, Cherengin Hills juga menyediakan pakej perkahwinan Melayu pada harga RM450 untuk 10 orang bagi pakej bufet manakala set dome RM550 juga untuk 10 orang dengan penyediaan minimum 20 meja.

"Banyak keistimewaannya jika mengambil pakej ini termasuk bermalam di Suite Pengantin, potongan harga untuk bilik jemputan dan ahli keluarga, hiasan bunga meja, kompang dan karpet merah.

"Kami menjemput bakal pengantin dan keluarga merakam peristiwa bersejarah itu di sini kerana suasananya yang tenang dengan pemandangan berlatarkan banjaran gunung dan hutan.

"Dengan adanya pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, bilik persidangan, kafe dan restoran, aktiviti lasak dan lokasi riadah, mereka boleh melakukan apa sahaja di sini," katanya.

Info

* Asal usul nama Janda Baik dikatakan berpunca daripada kisah janda Tok Batin Orang Asli, Batin Wok dikenali Siah yang pulang ke pangkuan suaminya bagi versi pertama dan kedua kisah janda yang sangat baik hati bersedia menghulurkan bantuan merawat penduduk Pahang yang cedera selepas menyertai perang saudara di Selangor pada 1918.

* Dipercayai diteroka penduduk Bentong bermula pada 1930 yang mencari tanah baru selepas banjir besar pada 1926.

* Janda Baik berada pada ketinggian antara 600 dan 800 meter (m) masih suci daripada pembangunan.

* Selain Kampung Janda Baik ada tiga lagi kampung iaitu Kampung Sum Sum, Kampung Cheringin dan Kampung Chemperoh di Janda Baik itu sendiri.

* Pulau Sentap di pertemuan Sungai Benus dan Sungai Cheringin pula dikatakan pernah menjadi tempat Sultan Pahang bersantap ketika berangkat ke Janda Baik.

* Cherengin Hills Convention & Spa Resort satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan dua setengah jam dari Kuantan.

* Terletak di kawasan seluas 4.4 hektar di Kampung Cheringin dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 136 bilik penginapan pelbagai saiz termasuk lapan suite dan dua suite perdana.

* Kemudahan disediakan: kolam renang, bilik persidangan, kafetaria dan restoran yang menyajikan makanan barat, timur serta beberapa makanan popular penduduk Janda Baik.

Aktiviti: Lawatan ke Air Terjun Tampit, berbasikal, jungle trekking, 'team building', water tubing, amazing race, eksplorasi hutan.

Maklumat lanjut: laman web www.cherenginhills.com



 
Chatroom