Seorang lelaki,Thomas Keeper berusia 36 tahun yang rasa dirinya rendah telah membelanjakan 34,000 pound (RM167,259) untuk menjadikannya lebih tinggi bagi mencari jodoh.
Thomas Keeper cuma tinggi kira-kira 175 sentimeter sebelum menjalani pembedahan dua tahun lalu bagi menjadikannya kira-kira lapan sentimeter lebih tinggi.
Selepas menjalani pembedahan itu, dia menemui Maggie, 26, yang mempunyai ketinggian 181 sentimeter di laman web mencari jodoh.
Ketika mereka pertama kali bertemu, dia sudah mencapai ketinggian sama dengan isterinya.
Mereka kini sudah berkahwin dan Maggie baru melahirkan anak pertama mereka beberapa hari sebelum sambutan Krismas baru-baru ini.
"Keadaan yang dialami lelaki pendek amat menyakitkan kerana anda dilayan berbeza. Lihatlah pelakon, Tom Cruise dan Nicolas Sarkozy yang sering dipersenda,'' ujarnya.
Pembedahan itu dilakukan oleh pakar bedah kontroversi, Dr Jean-Marc Guichet, 50, di Marseilles, Perancis.
Guichet berkata, pembedahan itu sebelum ini hanya dilakukan ke atas mereka yang mengalami kecacatan tetapi kini semakin mendapat tempat sebagai pembedahan kosmetik.
"Permintaannya meningkat berkali ganda berbanding 10 tahun lalu. Namun ia bukan untuk semua orang kerana mereka perlu bersedia dari segi fizikal iaitu menguatkan otot di kaki.
"Saya menolak 70 hingga 80 peratus permohonan. Mereka yang menjalani pembedahan ini boleh meningkatkan ketinggian mereka sehingga 15cm ,'' katanya.
Mungkin dengan ketinggian baru ini, Thomas akan berasa lebih bahagia dan yakin diri!