Home » » Teknologi sensor untuk memerangi kegemukan

Teknologi sensor untuk memerangi kegemukan

Banyak kajian telah dilakukan untuk memerangi kegemukan. Kali ini usaha melawan obesiti dan kegemukan bakal mendapat bantuan teknologi canggih tidak lama lagi.

Ia berikutan sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) sedang menguji sensor-sensor wayarles yang boleh dipakai bagi mengesan rutin harian golongan gemuk termasuk tabiat pemakanan dan senaman mereka.


Gajet itu direka bagi mendapat maklumat tepat berhubung aktiviti golongan itu.

Di sebuah makmal penyelidikan mengenainya di sini, dua remaja gemuk membantu menguji peralatan itu dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti duduk, berdiri, baring dan bersenam.

Sensor pada dada mereka merekodkan kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan jumlah aktiviti fizikal sebelum data itu dihantar ke sebuah telefon bimbit untuk disimpan.

“Kaki saya kebas,” kata seorang remaja berumur 15 tahun, Amorette Castillo selepas dia membuat larian kedua dengan menggunakan mesin senaman di makmal Universiti Southern California, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, program penurunan berat berdepan kesukaran untuk memperoleh data tepat kerana maklumat mengenai tabiat senaman dan pemakanan banyak bergantung kepada ingatan pesakit. – AP



 
Chatroom