Sinopsis Persona Grata
Kira-kira 10 tahun lalu, Amir (Hairie Othman) dan Rina (Haliza Misbun) sama-sama menuntut di London. Mereka jatuh cinta dan kemudian berkahwin. Namun Rina wanita yang bercita-cita tinggi, suka mengejar pangkat dan harta. Dia bertemu tokoh perniagaan yang juga duda kesepian, Tan Sri Adam (Mahadi Amin). Mereka kemudian jatuh cinta dan Rina nekad meninggalkan Amir selepas dia melahirkan Ain (Puteri Balqis Azizi).
Kini Amir yang menjaga Ain, bertemu semula dengan Rina yang pulang untuk menetap di Malaysia melalui program Talentcorps iaitu kerajaan memberi insentif kepada anak Malaysia yang berbakat untuk menyumbang bakti kepada tanah air.
Dengan restu Adam, Rina menggunakan kesempatan itu untuk mendekati Ain. Amir pula tidak menghalang sebaliknya menggalakkan Ain rapat dengan Rina, bertujuan untuk menyerahkan Ain sepenuhnya kepada Rina.
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Amir berpenyakit kronik yang boleh membawa maut.
Namun Dr Hamdan (Kapten Mohd Nor) cuba meyakinkan Amir yang dia masih ada peluang untuk pulih andai kata dibuat pemindahan sum-sum daripada penderma yang mempunyai darah yang sama. Darah 'AB Plus' begitu asing dan secara kebetulan, pesakit Dr Hawa (Raja Azmi) yang juga rakan sekerjanya, didapati ada jenis darah itu. Malangnya, pesakit itu sudah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung iaitu Tan Sri Adam.
Pada masa sama, Rina yang semakin rapat dengan Ain, jatuh cinta semula terhadap Amir yang masih menyayanginya. Apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon Persona Grata:
Hairie Othman (Amir)
Haliza Misbun (Rina)
Mahadi Amin (Adam)
Puteri Balqis Azizi (Ain)
Mohd Nor (Dr Hamdan)
Raja Azmi Raja Sulaiman (Dr Hawa)
Izreen Azminda (Emma)
Ahmad Idham (Azman)
Suryatie Baharom (Bibik)