Home » » Kegatalan vagina, sebab dan cara nak elak

Kegatalan vagina, sebab dan cara nak elak


Penyebab Kegatalan Vagina
Antara penyebab kegatalan vagina:


Sabun kuat yang wangi
Ubat-ubatan
Stres
Hormon (semasa period, kamu mungkin lebih terasa gatal)
Material baju yang merengsa
Peluh
Kelembapan
Penyakit atau jangkitan

Sekiranya kegatalan tidak berhenti, kamu mesti berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Cara Elakkan Kegatalan Vagina

Kalau period, tukarlah pad secara kerap. Apabila kawasan vagina kering, kamu mengelakkan pembiakan bakteria yang tidak dikehendaki, peluh dan kelembapan. Pad yang basah, jika dibiarkan lama akan menyebabkan kemerahan dan pedih-pedih pada kulit. Kebanyakan pad dibungkus secara berasingan agar lebih mudah untuk kamu bawanya ke mana-mana. Bawa pad lebih ya kalau aliran haid banyak.

Gunakan sabun lembut tidak berbau dan pembersih keintiman wanita bila membersihkan kawasan vagina.

Elakkan daripada menggaru. Luka kecil kerana menggaru akan menyebabkan jangkitan kulit.

Pilih seluar dalam diperbuat daripada bahan yang sejuk dan sepadan dengan saiz kamu. Elakkan bahan yang merengsa kulit kamu ya!

Mencabut atau mencukur bulu pubik juga mungkin merengsa kulit vulva.



 
Chatroom