Home » » Ampunkan Dosaku Sinopsis, drama bersiri TV3

Ampunkan Dosaku Sinopsis, drama bersiri TV3

Sinopsis Ampunkan Dosaku

Ampunkan Dosaku berkisar tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak hentihenti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup. Dia selalu menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan sudah lama meninggal dunia.

Sebagai ibu tiri, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumah tangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan remaja itu, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Poster Drama Ampunkan Dosaku, Sinopsis

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sejak itu, Hassan hidup merempat di bawah jambatan dan kaki lima sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru saja kematian anak mereka.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu. Sarimah yang sarat mengandung bagaimanapun bertarung dengan nyawa sendiri. Dia merahsiakan penyakitnya daripada Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Drama Ampunkan Dosaku terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon seperti Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don

Drama bersiri Ampunkan Dosaku 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus, Ampunkan Dosaku, mengisi slot terbabit mulai 2 Januari 2012.



 
Chatroom