Home » » Ajar Anak Kebersihan Gigi

Ajar Anak Kebersihan Gigi

Gigi imej peribadi
Kesihatan dan kebersihan gigi amat penting bagi penampilan diri seseorang untuk mempamerkan imej yang lebih menarik.

Bayangkan jika wajah tampan dan cantik tetapi gigi yang tidak sihat dan rosak pasti menjejaskan keyakinan diri individu berkenaan terutama sekali untuk senyum dan berkomunikasi.

Tidak dinafikan satu ketika dulu tabiat memberus gigi hanya diamalkan kerana ia sudah menjadi ikutan dalam keluarga yang mana setiap kali bangun pagi, ia dimulakan dengan rutin memberus gigi.

Ia diperturunkan daripada ibu bapa kepada anak, kemudian abang atau kakak kepada adik tanpa mengetahui keperluan memberus gigi.

Tabiat memberus gigi di zaman kanak-kanaknya banyak dipengaruhi abang dan kakaknya.

Ketika itu dia masih belum memahami keperluan sebenar untuk menjaga gigi dan menganggap ia hanyalah amalan biasa yang perlu dilakukan setiap hari.

Ibu dan bapa juga tidak mendedahkan saya dengan maklumat betul mengapa perlu memberus gigi. Ini kerana mereka juga tidak diberikan maklumat secukupnya dan hanya melakukannya kerana sudah terbiasa dengan proses berkenaan.

Menurutnya, satu-satunya sumber maklumat mengenai penjagaan gigi adalah ketika berada di sekolah tetapi itupun dilakukan secara tidak langsung.

Bagaimanapun, dengan kemudahan teknologi yang ada kini masih ada ibu bapa yang mengambil sikap mudah dan lepas tangan sekiranya ia membabitkan proses penjagaan mulut anak-anak.

Anak perlu dipupuk dengan sikap positif sejak kecil agar ia menjadi amalan seumur hidup. Jika ibu bapa hanya mengajar tanpa mendidik mereka mengenai cara penjagaan mulut yang betul, tentulah ia sia-sia.

Selain itu, menurutnya, antara kesalahan yang lazimnya dilakukan ibu bapa adalah:

* Ibu bapa hanya mengajar anak memberus gigi tetapi tidak menunjukkan cara yang betul.

* Ibu bapa juga tidak membawa anak ke klinik untuk melakukan pemeriksaan gigi dan hanya membawa mereka jika anak mula sakit gigi.

* Ibu bapa juga tidak menggalakkan anak ke klinik gigi untuk melakukan pemeriksaan.

* Perasaan takut untuk ke klinik gigi dan hanya datang pada peringkat akhir saja. Ini boleh menyebabkan kegagalan untuk 'menyelamatkan' gigi.

Seharusnya, ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik bagi anak untuk memastikan kesihatan gigi mereka terjamin untuk jangka masa lama.

Berikut antara tip diberikannya untuk memberus gigi dan penjagaan mulut dengan betul:

* Menggunakan teknik Bass ketika memberus gigi iaitu memegang berus gigi pada sudut 45 darjah antara sempadan gusi dan gigi bagi membolehkan gigi dan gusi dibersihkan secara serentak.

* Ketika memberus gigi jangan menekan berus terlalu kuat pada gigi dan gusi kerana ia boleh menyebabkan rangsangan yang memudaratkan.

* Setiap kali selepas makan perlu berkumur dengan baik terutama jika memakan makanan yang agak melekit bagi mengelakkannya melekat di celah gigi.

* Gunakan flos gigi bagi mengeluarkan sisa makanan dari celah gigi setiap kali selepas makan.

* Jangan hadkan pengambilan jenis makanan tertentu saja kerana tidak salah untuk makan tetapi pastikan minum air yang banyak selepas itu terutama jika mengambil banyak makanan manis.

* Untuk kanak-kanak, ibu bapa tidak seharusnya menggunakan gula untuk melekakan dan menidurkan mereka kerana ia boleh menyebabkan kesan pereputan gigi yang ketara.

* Penggunaan puting susu untuk jangka masa lama juga boleh memberi kesan pada gigi kanak-kanak yang mana gigi tidak teratur disebabkan kesan tekanan puting susu pada lelangit, menyebabkannya menjadi lebih dalam.

* Lakukan pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Jika ada masalah berkaitan gigi lakukan rawatan awal untuk mengelakkan masalah lebih teruk.

* Banyakkan pengambilan makanan sihat terutama sayur dan buah kerana sumber berkenaan mempunyai banyak serat yang boleh membersihkan gigi secara semula jadi.



 
Chatroom