Keunikan mekap versi K-Pop
Jika ditanya apa istimewanya solekan ini, sudah pasti berpaksikan sentuhan magis solekan lembut dan semula jadi menjadikannya amat sesuai untuk wanita Asia terutama gadis. Selain memberikan perubahan pada wajah ia juga mempunyai tarikan tersendiri bagi menyerlahkan lagi si manis yang sentiasa ingin kelihatan comel bergaya tatkala menghabiskan masa di luar.
Apa yang pasti kosmetik dioles sepenuhnya untuk menyerlahkan titik tumpuan kecantikan terutama pada pipi, bibir, raut wajah bagi menyerlahkan keayuan dan menampilkan wajah berseri semula jadi.
Jurusolek, AmyHafis memberitahu mekap lebih sinonim dengan wanita dan dengan kuasanya mampu tampil luar biasa daripada situasi normal.
Katanya, menerusi teknik yang betul solekan juga mempunyai kuasa unik untuk membuatkan penampilan wanita lebih berkeyakinan dan menawan.
Gaya solekan Korea secara ideal tidak jauh berbeza dengan Malaysia, cuma gaya solekan Korea lebih kepada semula jadi seperti yang dilihat kepada artis Korea di kaca televisyen.
Selain itu, Amy juga berpendapat solekan ‘ringan’ itu amat sesuai buat gadis yang ingin keluar bersiar-siar pada hujung minggu bersama rakan dan ia juga menjadikan penampilan tampil segar bersesuaian dengan umur dan aktiviti dijalankan.
“Dengan memiliki kulit yang cerah dan halus, gaya solekan Korea memang dilihat serasi dan mampu memberikan perubahan pada wajah dan sekali gus ada tarikan tersendiri walaupun kebanyakan warna digunakan tidak terang.
“Solekan Korea banyak memainkan warna lembut dan semula jadi juga mampu menjadikan penampilan seseorang kelihatan segar dan lebih comel seakan anak patung. Tambahan pula, penampilan jadi lebih menyeronokkan pandangan bila ditambah dengan dandanan rambut, aksesori dan fesyen baju berwarna-warni,” jelasnya ketika sesi fotografi, baru-baru ini.
Mengenai solekan K-Pop Milenium yang semakin hangat dalam kalangan remaja, beliau berkata, disebabkan kulit wanita Korea cerah dan halus, selain solekan natural yang diterapkan membuatkan penampilan tampak ringkas dan manis.
Amy menjelaskan, penggunaan bulu mata palsu berlapis juga menampakkan wanita itu tampil seakan anak patung, tambah lagi jika dipadankan dengan pemakaian kanta lengkap yang membuatkan anak mata kelihatan lebih besar.
Malangnya, beliau berpendapat pendedahan warna kulit bagaimanapun membuatkan sesetengah gadis yang berkulit gelap teragak-agak untuk turut mencuba gaya K-Pop kerana khuatir dengan penggunaan warna dalam solekan yang diketengahkan itu memandangkan warna yang dikenakan kebanyakannya agak pucat.
“Walaupun bukan kategori berkulit cerah, si gadis masih boleh tampil menggoda seakan bintang K-Pop kegemaran mereka. Apa yang perlu dilakukan mereka tahu bagaimana mempelbagaikan warna dan bijak membuat kombinasi sama ada pada pembayang mata atau gincu.
“Fahami rona kulit anda. Wanita berkulit gelap atau sawo matang tidak digalakkan memakai warna terang seperti merah, jingga, kuning, hijau atau biru kerana ini akan mencacatkan penampilan. Sebaiknya bijak mengadun warna supaya kekal seimbang pada kulit sekali gus menyerlahkan penampilan yang segar dan memikat.
“Antara warna yang disarankan gabungan warna lembut dan tidak keterlaluan. Jika anda ingin tampak lebih menyerlah, pilih gabungan warna gincu lebih terang daripada pembayang mata atau pemerah pipi. Cara itu dapat menyelamatkan anda daripada kelihatan keterlaluan,” katanya.
Jurusolek yang berpengalaman luas itu menekankan penggunaan bulu mata palsu dengan padanan kanta lekap lingkaran luas untuk memperbesarkan mata dan kelihatan lebih comel.
Sejajar itu, mata juga bertambah menggoda dengan adanya calitan celak mata yang pekat dan sedikit lentik di penghujung kelopak mata.
“Solekan Korea sememangnya terkenal dengan kecomelan mata di samping kehalusan kulit wajah. Cuba tampal dua lapisan bulu mata palsu untuk memberikan kesan yang lebih dramatik dengan sapuan celak mata sebagai pengemas solekan mata.
“Bagi menghidupkan lagi kuasa mata, padankan solekan anda dengan pemakaian kanta lekap yang bergaris lingkaran besar dengan warna gelap seperti ungu dan biru. Jika ingin menyampaikan pandangan lebih seksi, kemaskan bulu mata palsu dengan sentuhan maskara,” jelasnya.
Calitan pada pipi juga boleh membuatkan wajah nampak lebih segar dan bermaya. Jika si gadis bijak menggabungkan warna pemerah pipi dengan rona kulit wajah mereka, ia mampu membuatkan mereka yang berwajah gelap menjadi jauh lebih manis.
Katanya, pemerah pipi yang bersesuaian dengan warna gincu juga dapat membangkitkan aura feminin pada wajah gadis.
“Pemerah pipi memainkan peranan tersendiri untuk memberikan kesan wajah yang lebih berbentuk. Pilihan warna yang lembut dengan sapuan sekata di sepanjang tulang pipi dapat membuatkan senyuman bertambah manis.
“Solekan Korea juga tidak mengenepikan sapuan gincu berwarna pastel dengan tambahan pengilat bibir untuk mendapatkan kesan yang lebih segar. bibir yang lembap mampu memukau pandangan sesiapa saja yang memandang ke arahnya.
“Selain itu, jika anda ingin nampak lebih bergaya dan berani, tukarkan warna gincu kepada yang lebih terang tapi tidak terlalu berlawanan dengan solekan yang sudah dikenakan malahan gaya itu sesuai untuk ke parti dan sebagainya,” katanya.
Amy juga memberitahu, penampilan tidak akan lengkap tanda gaya rambut yang comel dan pilihan aksesori tambahan untuk menceriakan lagi hari si gadis yang sudah bersiap untuk berlibur.
“Lengkapkan penampilan anda dengan mendandan rambut. Cuba ikat rambut dengan pengikat yang comel atau sebaliknya padankan dengan cekak rambut. Tambahkan sedikit aksesori yang berwarna-warni atau bermotif flora atau haiwan sebagai pelengkap gaya K-Pop,” jelasnya sebelum menamatkan perbualan.
Jurusolek: AmyHafis
No Tel: 012 3752276
Model: Aina Zamri
Langkah Demi Langkah Solekan K-Pop:
Langkah 1 : Bersihkan wajah dan sapukan penyamar noda di kawasan yang bermasalah atau berjerawat. Lalu ratakan bedak asas. Kemudian pilih pembayang mata dengan warna lembut dan sapukan ke pelupuk mata.
Langkah 2 : Pakai bulu mata palsu dengan ketebalan yang bersesuaian. Selepas kering, calit celak mata untuk memberi garis tegas di atas mata ia membuat mata kelihatan lebih besar. Kemudian sapukan maskara pada bulu mata hingga kelihatan lebih panjang dan lentik.
Langkah 3 : Gunakan pemerah pipi di kawasan tulang pipi agar wajah kelihatan lebih cerah. Pilihlah warna yang tidak terlalu menjolok, sesuaikan dengan warna muka anda.
Langkah 4: Gunakan gincu dengan warna bibir atau asli untuk memberikan kesan cerah dan alami.
Tip solekan tahan lama
Untuk mendapatkan kejernihan pada kulit, gunakan hanya sedikit bedak asas dan sapukan pada wajah secara rata. Solekan tidak keterlaluan dan hasil yang lebih selamat. Gunakan krim BB penghalang cahaya.
Untuk penampilan seimbang pemilihan warna bedak asas sangat penting. Wanita digalakkan memilih warna yang paling hampir dengan rona kulit.
Apa yang boleh dilakukan ialah sebaiknya berdiri dan cuba warna berhampiran cahaya matahari kerana ia adalah cahaya yang betul berbanding lampu. Jika kulit anda berminyak, pilih bedak asas jenis bebas minyak atau kawalan minyak.
Gunakan warna pastel untuk solekan K-Pop dan ia amat sesuai untuk mereka yang berusia antara 15 hingga 25 tahun.
Elak memilih warna yang terang untuk pemerah pipi. Warna lembut berunsurkan merah jambu atau peach sesuai untuk kulit hitam manis atau cerah.
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar