Home » » Sinopsis filem Relationship Status

Sinopsis filem Relationship Status

Relationship Status Sinopsis
Filem Relationship Status ini arahan Khairil M. Bahar menceritakan bagaimana rangkaian sosial mengubah landskap sosiobudaya serta pemikiran kita dengan memberi fokus terhadap isu cinta dan perhubungan.

Filem Relationship Status ini merupakan cubaan kedua Khairil menghasilkan filem selepas Ciplak (2006) yang hanya menelan belanja RM10,000. Bajet yang diguna pakai untuk filem ini juga rendah, ia hanya menggunakan kamera DSLR dan ia juga hanya ditayangkan di pawagam terpilih saja (TGV KLCC & TGV Sunway Pyramid).

Relationship Status membina karakter enam pasangan yang mewakili golongan kelas sederhana di Kuala Lumpur. Khairil meminjam struktur penceritaan ensemble seperti dalam Love Actually (2003) atau Valentine's Day (2010) atau jika filem tempatan seperti Cinta (2006) dan Sepi (2008); di mana watak-wataknya mungkin tidak mengenali secara langsung tetapi dihubungkan dengan permasalahan serupa.

Antaranya, tentang Anna yang enggan mengaku mencintai Dave, meskipun kelakuan mereka seperti sepasang kekasih. Apabila Anna mengosongkan ruangan 'relationship status' dalam Facebook, Dave terasa seperti dipermainkan dan dia mahu Anna 'mengumumkan' keintiman mereka kepada khalayak.

Manakala Trisya menuntut cerai apabila mengetahui kecurangan suaminya melalui gambar-gambar yang dimuat naik dan Selina yang cuba untuk tidak menatap Facebook kepunyaan mendiang suami selepas kematiannya.

Ini adalah contoh kisah yang rapat dengan kita, kesan pengaruh laman sosial pada abad ke-21. Sebagai pengguna Facebook, kita mudah mengaitkan apa yang terjadi dalam filem ini.


Filem Relationship Status dibintangi oleh Gavin Yap, Davina Goh, Tony Eusoff, Daphne Iking, Baki Zainal, Ruzana Ibrahim, Alfred Loh, Shuba Jay, Benji Lim, Amanda Ang, Adeline Ong, Pete Teo, Susan Lankester dan juga Will Quah.



 
Chatroom