Home » » Kaedah atasi alahan | Petua atasi alahan

Kaedah atasi alahan | Petua atasi alahan

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

* Elak membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing

* Elak menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan sintetik (tiruan)

* Elak menggunakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam dan bantal dengan air panas untuk membunuh pijat atau serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu

* Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis baik

* Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibaluti kain atau bulu

* Untuk katil dua tingkat, pengguna katil di tingkat bawah perlu berhati- hati kerana anda menyedut segala habuk daripada tilam atas

* Selalu basuh barang permainan yang lembut

* Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup

* Elak menggunakan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Seandainya panel penyaring nyamuk dipasang pada tingkap rumah, pastikan ia bersih

* Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah

* Amalkan pemakaian penutup hidung ketika mengemas rumah atau perabot

* Elak memakan makanan yang anda alah

Selamat mencuba!



 
Chatroom