Home » » The Darkest Hour Sinopsis dan Trailer

The Darkest Hour Sinopsis dan Trailer

Sinopsis filem The Darkest Hour

The Darkest Hour adalah filem penuh aksi berunsurkan sains fiksyen arahan Chris Gorak. The Darkest Hour bermula dengan dua orang usahawan internet dari Amerika, iaitu Sean lakonan Emile Hirsch dan Ben lakonan Max Minghella datang ke Moscow Rusia untuk memperkenalkan ciptaan mereka yang terkini.

Malangnya idea internet mereka telah diguna pakai tanpa kebenaran oleh Skyler lakonan Joel Kinnamon yang sepatutnya menjadi rakan niaga mereka.


Untuk melupakan kekecewaan mereka, Sean dan Ben menghabiskan masa di sebuah pusat hiburan dan disitu, mereka berkenalan dengan 2 gadis senegara, Natalie dan Anne. Suasana meriah berubah apabila bekalan elektrik terputus menyebabkan mereka semua keluar dari bangunan dan terkejut dengan kewujudan beratus-ratus bebola bercahaya jatuh dari langit.

Mereka berempat dan Skyler melarikan diri apabila menyedari bebola tersebut mampu menghancurkan sesiapa yang tersentuh. Selepas 4 hari menyorok, mereka keluar dan mendapati seluruh bandar sepi tanpa orang.

Apa kesudahan cerita ini? Saksikan di pawagam atau beli DVD nanti!

The Darkest Hour (2011) Official Movie Trailer



 
Chatroom