Home » » Sinopsis drama Ikan Bakar

Sinopsis drama Ikan Bakar

Sinopsis Ikan Bakar

Ikan Bakar mengisahkan mengenai Baharom, seorang bapa yang normal. Bagaimanapun, selepas sembuh dari penyakit misteri, dia bertukar menjadi seperti orang kurang siuman tetapi tidak pernah menganggu sesiapa. Sikapnya saling tidak tumpah seperti kanak-kanak terencat akal dan tidak boleh menyebut sesuatu perkataan dengan jelas semasa bercakap membuatkan dia jadi bahan gurauan penduduk kampung.

Baharom memiliki seorang isteri yang sangat sayangkannya. Shakinah amat bersabar melayan kerenah suaminya yang mengalahkan kanak-kanak. Baharom dilayan dan dimanja seperti kanak-kanak olehnya. Tidak pernah sekalipun Shakinah merungut atau menyesal dengan keadaan suaminya dan Shakinah akur dengan kehendak takdir Tuhan.

Shakinah tidak lekang memberikan senyuman buat suaminya sedangkan dalam hatinya menangis. Segala pakai dan makan suaminya amat diambil berat oleh Shakinah. Ramai penduduk kampong yang memuji kesabaran Shakinah yang taat dengan suaminya. Sikap Shakinah juga membuatkan anaknya tunggal mereka, Bakar cemburu.

Dia malu dengan keadaan bapanya terutamanya bila Baharom selalu dipermainkan atau diejek oleh kawan-kawannya. Apatah lagi Baharom pula happy go lucky dan mudah mesra dengan kawan-kawan Bakar. Kadangkala kawan-kawan Bakar lebih suka bermain dengan Baharom membuatkan dia terpinggir. Sikap Bakar yang mudah merajuk membuatkan kawan-kawannya rimas. Mereka lebih suka berkawan dengan Baharom kerana Baharom sering membuat mereka ketawa.

Perasan cemburu Bakar terhadap bapanya sendiri mula meluap-luap bilamana Shakinah pula terlalu menyebelahi Baharom. Bakar yang hilang ramai kawan berkenalan dengan Rozali yang baru berpindah ke situ. Dia telah menghadiahkan Bakar dengan seekor ikan emas sempena harijadinya. Rozali yang pandai mengambil hati kanak-kanak menyebabkan Bakar mudah erat dengannya.

Bakar yang tidak pernah mendapat hadiah harijadi sangat sayangkan ikan emas itu dan tidak membenarkan Baharom mendekati langsung balang ikan emasnya kerana takut bapanya membunuh ikannya.


Tonton Ikan Bakar Online



 
Chatroom