Home » » Sinopsis filem Korea, Flavor Of Happiness

Sinopsis filem Korea, Flavor Of Happiness

Sinopsis Flavor Of Happiness

Filem menarik dari Korea berjudul Flavor Of Happiness sarat dengan nilai teladan dan sesuai untuk tontonan semua peringkat usia. Flavor Of Happiness arahan Mitsuhiro Mihara dari Jepun ini diadaptasi secara menarik daripada novel tulisannya sendiri.

Seperti watak Liz Gilbert lakonan Julia Roberts menerusi filem Eat Pray Love, yang tercari-cari dirinya selepas berlaku perpisahan yang amat memilukan dengan suami tercinta, begitulah juga emosi dibawa dalam filem ini.

Sama namun tidak serupa, Flavor Of Happiness menceritakan kisah wanita bernama Takako Yamashita (Miki Nakatani) yang melalui saat berduka kerana baru sahaja kehilangan suami akibat kemalangan.

Demi meneruskan kehidupan dan membesarkan anaknya, Takako menyahut cabaran ketua korporatnya yang mahu dia mendapatkan resipi rahsia masakan seorang chef tempatan terkemuka bernama Wang Qingkuo (Tatsuya Fuji).

Selain pemilik tunggal, Chef Wang juga adalah chef tunggal di kafe miliknya. Kafe Little Shanghai cukup terkenal dengan masakan Cina kerana kebanyakan bahan ramuan resipi masakan adalah bahan tradisional yang dibawa khas dari perkampungan asal Wang, iaitu kampung kecil bernama Shaoxing di Tanah Besar China.

Pertemuan demi pertemuan diatur oleh Takako namun kesemuanya hampir menemui jalan buntu kerana Wang langsung tidak berminat untuk berkongsi rahsia masakan malahan berasakan dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk bertemu dengan Takako. Bagi Wang, seni masakan turun temurun miliknya bukan untuk dikongsi atau dijadikan bahan komersial.

Pengalaman berpisah dengan suaminya membuatkan Takako menjadi wanita yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Pada fikirannya, jalan terbaik untuk mengetahui resipi rahsia milik Wang adalah dengan merasa kesemua menu sajian yang ada di Kafe Little Shanghai.

Takako yakin, merasai air tangan Wang secara tidak langsung akan memberikannya sedikit kelebihan untuk memahami Wang dan juga masakan ciptaannya.


Akhirnya, Takako membuat keputusan drastik dengan membuat keputusan meletakkan jawatannya untuk berada lebih dekat dengan Wang. Niatnya hanya satu, mahu menjadi sebahagian daripada Kafe Little Shanghai. Dia benar-benar jatuh cinta kepada setiap hidangan sajian Chef Wang.

Tragedi Wang dimasukkan ke hospital akibat terlalu kuat bekerja dan mengabaikan kesihatan akhirnya membuka ruang dan memberikan sinar baru kepada Takako. Wang perlukan seorang perantis yang mampu meneruskan operasi Kafe Little Shanghai. Kesungguhan dan minat mendalam yang dipamerkan oleh Takako membuatkan Wang akhirnya bersetuju untuk melatih seorang wanita muda yang asing dalam hidupnya.



 
Chatroom