Home » » Wabak Denggi: Elak daripada terkena denggi

Wabak Denggi: Elak daripada terkena denggi

Wabak Denggi: Elak daripada terkena denggi

Setiap tahun kes demam denggi semakin meningkat dan bagi tiga minggu pertama tahun ini sahaja, sebanyak 8,502 kes denggi dilaporkan iaitu peningkatan 65 peratus berbanding 5,141 kes pada tempoh sama tahun lalu.

Kes kematian akibat wabak penyakit itu turut bertambah dan bagi tempoh yang sama, 20 kematian dilaporkan dengan peningkatan 186 peratus berbanding tujuh kematian tahun lepas.

Denggi disebabkan oleh virus denggi yang merebak melalui nyamuk aedes.

Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan denggi berpunca daripada persekitaran tidak bersih yang menyumbang kepada tempat pembiakan aedes seperti bekas plastik, tong, tayar, baldi dan bekas polisterin.

Keadaan cuaca seperti musim hujan menyebabkan takungan air boleh menjadi tempat pembiakan aedes, sekali gus mengundang kepada penyebaran virus denggi dan keadaan ini turut berkait rapat dengan tabiat membuang sampah merata-rata dan tidak mengurus sampah dengan baik.

Masyarakat masih kekurangan kesedaran untuk melaksanakan pencegahan seperti melakukan aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan aedes setiap minggu.

Komuniti setempat perlu menjaga kebersihan persekitaran kawasan perumahan dengan memastikan sampah-sarap dibuang dengan kaedah yang betul.

Selain itu, setiap orang perlu melakukan pencegahan denggi di dalam rumah dengan menggunakan semburan aerosol semasa aedes aktif antara pukul 5 hingga 7 pagi dan petang.

Untuk pencegahan denggi di luar rumah, masyarakat digalakkan menggunakan repelan atau memakai baju berlengan dan berseluar panjang serta berwarna cerah bagi melindungi diri daripada gigitan aedes.

Gotong-royong perlu diaktifkan di kawasan kediaman, terutama di lokaliti hotspot bagi menghapuskan tempat pembiakan aedes seperti di tanah lapang, taman rekreasi dan tempat ibadat.

Bagi mengelakkan kematian, masyarakat perlu mengetahui gejala demam denggi seperti demam kuat secara mengejut, sakit kepala, sakit sendi, ruam pada badan dan amaran awal seperti sakit perut, cirit-birit dan muntah berterusan.

Sekiranya ada gejala dan tanda-tanda tersebut, segeralah mendapatkan rawatan. Makan ubat demam seperti parasetamol mengikut nasihat doktor, lap badan dengan kain basah bagi mengurangkan suhu badan dan jika boleh, guna ubat nyamuk atau kelambu untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

Minuman isotonik seperti Revive diformulasikan untuk memastikan badan dihidratkan semula dan memulihkan jumlah eloktrolit pada tahap sempurna seperti sodium dan kalium.



 
Chatroom