Home » » Makanan dan Peranannya Buat Tubuh Lelaki

Makanan dan Peranannya Buat Tubuh Lelaki

Jika wanita begitu mengambil berat tentang pemakanan mereka dan lelaki pula menganggap mereka tidak cerewet memilih makanan, perkara ini perlu diberi perhatian. Seperti juga wanita, lelaki harus tahu apakah makanan yang dapat membentuk kesihatan terbaik buat mereka. Makanan apa yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan sebagainya. Setiap satunya memberikan khasiat dan kelebihannya. Antaranya adalah:

1. Tomato

Rasa masam tomato dapat mendorong pengeluaran getah, membantu mencerna protein dan sebagainya. Vitamin C yang banyak terkandung di dalamnya dapat mengeluarkan lemak tulang mengaut pembuluh darah. Kadar kalium pada mineral di dalamnya paling banyak, membantu mengeluarkan unsur garam dalam darah, dan memiliki fungsi menurunkan tekanan darah.

2. Kekacang

Menurut statistik, lelaki yang sering mengambil makanan dari kacang soya, kebarangkalian untuk menghidap penyakit kanser prostat lebih rendah dibandingkan mereka yang jarang mengambil makanan yang dihasilkan dari kacang ini. Selain itu, kekacang juga efektif dalam memperbaiki pengikisan zat tulang lelaki Setelah melewati usia 60 tahun, zat tulang lelaki akan mulai terkikis, dan keadaannya sama seriusnya dengan menopause wanita. Ambillah kacang soya dapat memenuhi lesitin. Dan Lesitin juga sudah dibuktikan berhubungan dengan kemampuan belajar dan daya ingat jangka pendek.

3. Labu merah VF
Setelah menginjak usia 40 tahun, sebahagian besar lelaki memiliki masalah dengan hipertrofi prostat. Sebuah hasil kajian di AS mendapati, bahawa penderita hipertrofi prostat yang mengambil ekstrak labu merah, terbukti berhasil mengurangi jumlah pembuangan air kencing penghidap sekali gus memperbaiki gejala penyakit lainnya. Labu merah juga merupakan sumber terbaik vitamin E, dapat melawan penuaan.

4. Lobak merah
Karotena berubah menjadi vitamin A di dalam tubuh, meningkatkan daya tahan tubuh, mengekang oksigen aktif yang menyebabkan pemburukan sel. Kalium yang banyak terkandung di dalamnya, memiliki kesan menurunkan tekanan darah. Selain itu, karotena juga dapat mencegah penyakit kanser.



 
Chatroom