Home » » Tip sahur dan berbuka

Tip sahur dan berbuka

# Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka puasa.

# Makanan daripada kumpulan ikan, daging dan telur pula perlu diambil secara sederhana.

# Sayuran juga perlu diambil untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan.

# Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.

# Untuk sahur dan berbuka, kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.

# Kurangkan penggunaan minyak ketika menggoreng dan menumis. Makanan yang tinggi kandungan garamnya juga harus dikurangkan untuk mengelak penyakit serta mudah rasa dahaga ketika berpuasa.

# Elak pengambilan minuman manis dan berkafein.



 
Chatroom