Home » » Sinopsis Ariana Mikhail, TV9 lakonan Nora Danish

Sinopsis Ariana Mikhail, TV9 lakonan Nora Danish

Sinopsis Ariana Mikhail

Drama Ariana Mikhail bermula di Paris,France dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston,London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti,hubungan mereka rapat seperti abang dan adik.

Dalam percutian itu,Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Peranchis kononnya. Tetapi adalah disebaliknya telah bertemu dengan Ariana juga singgah bercuti ke Paris dariAmerika Syarikat sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang lulusan hiasan dalaman bercuti bersendirian kerana ingin mencari pengalaman dengan dunia hiasan di Eropah.

Sinopsis Poster Ariana Mikhail


Dalam pertemuan itu berlaku disebuah cafe di bandar Paris, Apabila Ariana membantu Mikhail daripada di marahi yang cuba mengorat wanita Peranchis dengan mengaku Mikhail teman lelakinya. disebabkan Mikhail tidak memahami bahasa ’Peranchis’. Mikhail marah dengan tindakan Ariana yang melepaskan peluangnya tetapi Ariana menjelaskan pada Jamil yang kebetulan ke tandas akan perbuatan Mikhail mengusik wanita peranchis yang telah mempunyai teman lelaki itu salah.

Lainlah kalau wanita itu yang berminat dengan Mikhail. Sikap Mikhail yang tidak berterima kasih serta berlagak dan sombong membuat Ariana tidak berminat untuk berkawan walaupun dia tahu mereka sebangsa.

Saksikan Ariana Mikhail mulai 16 Januari 2012 pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.30mlm dgn barisan pelakon yang mantap seperti Nora Danish dan Hussein Ruffedge.

Video Promo Ariana Mikhail



Affiliates

 
Chatroom