Home » » Sinopsis Surirumah 7 Hari, TV9

Sinopsis Surirumah 7 Hari, TV9

Sinopsis Surirumah 7 Hari, Skrin Di 9

Surirumah 7 Hari mengisahkan kehidupan seorang anak dara bernama Hayati berusia 26 tahun yang memiliki perwatakan ala-ala tomboy. Yati amat gemar menunggang motorsikal dan kerana itulah dia memilih untuk bekerja sebagai budak penghantar pizza. Yati sentiasa berangan untuk membeli sebuah kereta Myvi.

Tanpa disangka, permohonan pinjaman loan bank untuk membeli kereta, diluluskan. Setelah membeli kereta, ayahnya, Pak Hassan tidak membenarkan Yati untuk memasukkan kereta ke dalam garaj sebaliknya memasukkan kereta kakak Yati iaitu Hamiza ke dalam garaj untuk disembunyikan kerata takut kereta itu ditarik.

Yati menggelakan kakaknya dan bercakap besar bahawa kereta Myvi barunya itu tidak akan ditarik kerana dia pasti akan membayar duit kereta setiap bulan.Suatu hari ketika Yati mahu menghantar pizza, telefon bimbitnya berbunyi. Ketika dia leka menaip mesej, tanpa dia sedar, lampu isyarat hijau bertukar ke merah untuk memberi laluan kepada pejalan kaki. Yati telah terlanggar seorang kurang upaya yang sedang melintas.

Suatu hari, Yati diberi tawaran tiga ribu ringgit untuk bekerja sebagai pembantu rumah Aman dan menjaga anak-anaknya. Selama tujuh hari, Yati terpaksa menjaga anak-anak Aman yang bermacam perangai dan menjadi surirumah.Dapatkah dia menghadapi suasana kelam kabut sebagai seorang suri rumah ekspres dan mungkinkah ini dapat mengubah sikapnya untuk menjadi lebih keperempuanan?

Pelakon Surirumah 7 Hari
Haryati Hamzah (Yatt), Norwati Sadali (Wati Elite), Maimun Talib, Adik Maisarah dan Fahrin Ahmad



Affiliates

 
Chatroom