Bentuk badan menawan pasti menjadi idaman wanita khususnya. Bagi mereka yang bernasib baik, amalan diet yang sempurna mampu merealisasikan impian ini. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? Jika anda di antara mereka yang berbadan besar jangan terlalu sedih kerana banyak cara yang boleh diamalkan untuk anda mendapat bentuk badan yang diidamkan. Sebelum memulakan langkah diet anda, perkara paling penting perlu diingat ialah berhati-hati dalam memilih pola diet yang sesuai. Buat kajian terlebih dahulu dan bukannya mengikut cara orang lain secara melulu. Ketahuilah jika anda tersalah memilih pola diet maka ia akan menimbulkan gangguan kesihatan pada system dalam badan anda.
Diet selektif
Ramai yang menggemari amalan diet ini kerana yakin mereka mampu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat. Pola diet ini berkehendak seseorang makan beberapa jenis makanan sahaja dan ia memang terhad. Sebagai contoh, bagi mereka yang tidak mahu makan daging maka segala menu makanannya hanyalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Tidakkah anda tahu bahawa badan manusia memerlukan pelbagai jenis nutrien penting untuk kekal hidup sihat? Bukan sekadar pengambilan vitamin melalui pemakanan sahaja.
Malah ia perlu ditambah dengan protein dan zat besi yang ada pada daging dan juga makanan lain yang anda tidak ambil dalam diet seharian. Kebiasaannya diet ini akan kekal sementara sahaja kerana sampai bilakah anda ingin menyeksa diri dengan hanya makan benda yang sama setiap hari? Cepat atau lambat, anda akan bosan dan kembali mencari makanan kegemaran anda yang telah lama ditinggalkan. Dengan kata mudah, diet ini tidak sesuai untuk diamalkan.
Diet detoks
Pola diet ini sebenarnya amat merbahaya untuk dilaksanakan. Ini disebabkan anda perlu menjalani rawatan pembersihan organ tubuh badan anda. Bagi mereka yang mempunyai banyak wang maka perkara ini memang langsung tidak menjadi masalah. Tetapi adakah anda mahu menanggung kesannya? Jika baik maka ia satu bonus untuk anda tetapi jika sebaliknya maka anda juga yang akan menyesal. Secara klinikal, segala bentuk rawatan membersihkan kotoran dan bahan kimia dalam badan tidak diperlukan.
Allah telah mencipta keajaiban dengan menjadikan badan manusia itu dilengkapi dengan ‘perangkat pembersih’ yang berperanan racun dalam badan secara automatik. Kesimpulannya, anda tidak perlu melakukan ekstra usaha pembersihan. Jika diet ini mendatangkan hasil sekali pun sebenarnya ia kesan daripada cara anda mengurangi pengambilan makanan berkalori tinggi.
Diet secara berpuasa
Berpuasa sebenarnya adalah tradisi spiritual dan budaya yang sudah dijalankan selama berabad-abad. Langkah diet ini memang berkesan jika dilakukan secara sistematik. Namun ia tidak digalakkan kerana berpuasa dengan niat untuk menurunkan berat badan berupaya mengakibatkan kontra produktif. Ia bermaksud, tubuh badan anda agak sukar untuk menyesuaikan ritma metabolisme ketika anda menahan lapar dan apabila berbuka puasa. Berat badan yang turun ketika berpuasa sebenarnya kombinasi dari lemak, cairan dan otot. Ia mampu naik kembali disebabkan bertambahnya jumlah lemak dan kalori dalam badan.
Diet salah aturan
Memang mudah untuk melakukan diet ini contohnya anda hanya perlu minum air kosong sahaja untuk beberapa hari berturut-turut atau pun sebaliknya supaya tubuh badan tidak bengkak. Kepercayaan ini perlu dikaji dengan teliti kerana jika salah langkah mampu mengundang bahaya. Ada juga yang mempercayai dengan mengamalkan minum jus buah-buahan atau pun jeruk nipis mampu mengurangkan lemak dalam badan.
Tetapi ia hanya mendatangkan penyeksaan pada tubuh badan anda kerana tidak cukup nutrien yang diperlukan. Tanpa konsumi gabungan protein, zat besi, vitamin dan sebagainya dalam tubuh badan anda maka kesannya pasti mengecewakan. Jika berat badan anda turun sekali pun tetapi ia tidak semestinya menandakan anda sihat. Oleh itu, mulakan hari anda dengan diet yang sihat dan efektif dengan mengikut pola makanan yang bersesuaian. Untuk mencapai sasaran menguruskan berat badan, usaha yang berterusan diperlukan bukan sahaja dengan cara yang paling mudah.