Home » » Bufet Ramadan Ala Kampung INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC)

Bufet Ramadan Ala Kampung INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC)

INTEKMA Resort & Convention Centre (IRCC) kali ini menghidangkan Bufet Ramadan Ala Kampung bertemakan masakan Melayu 'Selera Warisan Ibunda' dengan menyediakan lebih 50 hidangan yang pastinya memenuhi cita rasa pengunjung.

Bagi yang belum pernah merasai kelazatan hidangan masakan di INTEKMA Resort, berkunjunglah ke resort ini pada Ramadan ini untuk menikmati hidangan berbuka puasa yang ditawarkan pada harga RM47 (dewasa) manakala RM32 (kanak-kanak). Golongan kurang upaya dan warga emas pula hanya RM42. Menariknya, harga istimewa pada kadar hanya RM39 seorang ditawarkan dari 27 hingga 29 Ogos ini di Pendeta Coffee House.

Menyajikan hidangan istimewa Ala Kampung hasil tangan chef-chef berkebolehan dari dapur INTEKMA, pelbagai hidangan menarik bakal diketengahkan kali ini. Antaranya 'signature dish' Nasi Briyani dan Kari Kepala Ikan, Ayam Tandoori, Gulai Kawah, Ikan Masin Masak Lemak Nanas, Daging Rendang Tok, Udang Tempoyak, Sup Ekor Asam Pedas, Aneka Bubur Lambuk, Kambing Panggang serta tidak ketinggalan Murtabak Istimewa INTEKMA yang disajikan khas hanya pada bulan puasa saja yang pasti menjadi buruan peminat murtabak.

Turut dihidangkan aneka lauk pauk yang menjadi tarikan pengunjung untuk berbuka puasa di INTEKMA Resort tambahan pula dengan suasana berbuka di tepi kolam renang akan menambahkan lagi rasa teruja pengunjung.

Bagi mencetuskan kelainan berbuka puasa buat pengunjung, INTEKMA Resort buat pertama kalinya pada tahun ini mengetengahkan Rosma AF, artis yang bakal memeriahkan suasana menghiburkan tetamu pada sepanjang Ramadan.

Selain itu, sepanjang Ramadan IRCC turut menyediakan kaunter zakat untuk kemudahan pengunjung melaksanakan tanggungjawab, tempat meletak kenderaan percuma serta surau yang boleh memuatkan 100 orang jemaah dalam satu masa bagi menunaikan solat terawih. Tidak ketinggalan segmen tazkirah oleh penceramah yang diundang khas dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada setiap hujung minggu.

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga dan teman tersayang di INTEKMA Resort & Convention Centre pada bulan Ramadan ini. Untuk tempahan, sila hubungi 03 ? 5522 5000/5001/5009/5129



 
Chatroom