Umie Aida sememangnya cukup disiplin orangnya. Baik dalam soal pemakanan mahupun penjagaan diri. Keterujaannya cukup terserlah saat berbicara tentang senaman dan caranya menjaga kesihatan tubuh.
“Saya seronok untuk melakukannya. Bermula dengan keghairahan terlibat dalam sukan bertinju sehinggalah ke hari ini saya akan pastikan, diri saya sentiasa mengamalkan senaman setiap hari. Sekurang-kurangnya satu jam untuk saya bersenam di rumah.
“Dulu waktu belum berumah tangga, satu jam sebelum berbuka saya akan ke gimnasium bersama kawan-kawan. Sepanjang bersenam itu tak pula saya rasa letih tetapi kita perlu ketahui kemampuan diri kita. Saya tidak pernah memaksa diri saya untuk melakukan senaman di luar kemampuan diri. Kemudian, kami akan berbuka beramai-ramai.
“Sebenarnya saya suka jika jantung saya dapat bergerak dengan pantas. Melalui senaman saya tahu yang saya dapat membuang toksik dalam tubuh saya. Saya sarankan wanita-wanita di luar sana lakukanlah senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk fizikal malah untuk membentuk emosi yang positif,” tambahnya yang gemarkan lauk ikan sardin dan telur goreng ketika berbuka puasa.