Meskipun berpuasa melebihi lapan jam tanpa menjamah makanan dan minuman, anda masih berpeluang menjalani kehidupan seharian dengan aktif. Di sini beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa.
Banyak minum air putih
Berpuasa bukan alasan untuk kita mengurangkan pengambilan air putih. Kekurangan air putih dalam tubuh badan menyebabkan kelesuan dan menyebabkan kulit kering, jerawat, sukar membuang air besar serta wajah kelihatan kusam. Bagi mengelakkan penampilan tampak kurang bermaya anda disaran minum banyak air putih sewaktu berbuka dan bersahur.
Persatuan Dietetik British menyarankan individu menikmati sekurang-kurangnya dua liter air putih setiap hari. Tabiat itu membantu membuang toksin, mencantikkan kulit wajah dan badan.
Aplikasi salap bibir
Selain itu, sepanjang menjalani ibadah puasa anda turut mengalami masalah bibir kering dan menggelupas gara-gara kekurangan air. Oleh itu, biasakan diri mengoles salap atau pelembap bibir yang mengandungi vitamin C dan E yang membantu memberi kelembapan dan kesegaran berpanjangan. Jangan sesekali membasahkan bibir dengan lidah kerana ia membuatkan bibir bertambah kering.
Krim wajah
Selain menitikberatkan bahagian bibir, kelesuan wajah sewaktu berpuasa dapat diatasi dengan mengaplikasi pelembap dan krim asas pada wajah. Memahami situasi wanita yang ingin kelihatan segar jenama kosmetik Kayla Beverly Hills memperkenalkan krim pelembap Kayla Ori Stem Cell.
Krim wajah yang mengandungi ekstrak sel stem epal hijau Uttwiler Spatlauber dari Switzerland, minyak jojoba, ekstrak lidah buaya dan vitamin E itu menawarkan lapan khasiat di dalam satu krim.
Selain melembapkan kulit wajah, krim ini turut bertindak melindung kulit daripada sinaran Ultra Ungu (UV), mengurangkan jerawat, antipenuaan, mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit wajah.
"Pengguna dapat merasai perubahan kulit wajah dalam tempoh empat minggu saja sekiranya mengaplikasi krim Kayla Ori Stem Cell secara sistematik. Bukan itu saja, olesan krim ini membuatkan kulit wajah lebih sekata dan memudahkan proses solekan kerana anda tidak perlu menyapu bedak asas terlalu tebal," jelas pemilik jenama Kayla Beverly Hills Malaysia, Datuk Normaziah Sheikh Mohamed.
Solekan ringkas
Sementara itu, perunding kecantikan Kayla Beverly Hills, Nor Aishah Tokiran, menjelaskan selepas menyapu krim pelembap, krim asas dan bedak asas, serlahkan bahagian pipi dengan pemerah pipi rona ceria seperti merah jambu lembu atau jingga.
Kemudian hiasi kelopak mata dengan pembayang mata rona pilihan dan pengaris mata warna hitam bagi membuatkan sepasang mata kelihatan lebih galak.
"Solekan ringkas dan tipis membantu mengelakkan wajah kelihatan lesu," katanya.
Makanan berkhasiat sewaktu bersahur
Disebabkan kita perlu menahan lapar dan dahaga lebih daripada lapan jam maka sewaktu bersahur kita wajar mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan tenaga.
Selain bijirin bersama susu segar atau oat yang dicampur bersama daging atau ayam, kita juga boleh menikmati hidangan buah-buahan yang berserat tinggi. Antaranya buah epal, pisang, jambu batu, prun atau pir. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF