Sinopsis Drama Memintas Seribu Bulan
Drama Memintas Seribu Bulan mengisahkan tentang perubahan sikap Pak Meon, dari seorang yang selamba dan tidak begitu mengambil tahu tentang persoalan agama dan amalan-amalannya, kepada seorang yang alim dan rajin menjengah ke surau menjelang bulan Ramadhan.
Hal ini mendatangkan kehairanan kepada rakan-rakan nakalnya, Ayob dan Lepat yang sering membuang masa dengan bersidai di warung kopi, dan tidak pernah berpuasa semasa bulan Ramadhan.
Sejak Pak Meon meninggalkan mereka, mereka menjadi terlalu hairan dan berhasrat untuk bertanyakan hal tersebut sendiri kepada Pak Meon. Setelah jenuh diasak dengan pelbagai persoalan, Pak Meon kemudiannya menerangkan kepada Lepat dan Ayob tentang niat sebenarnya. Ini menjadikan Ayob dan Lepat juga ingin turut sama dalam misi Pak Meon itu. Berbekalkan semangat ingin melihat keadaan malam “Lailatul Qadar”, mereka lalu berjaga pada setiap malam-malam terakhir terutamanya malam-malam ganjil bulan Ramadhan, namun kehampaan melanda kerana mereka tidak dapat bertemu dengan malam Qadar tersebut.
Ironisnya, pada Malam Qadar yang sebenar, iaitu malam ke-29, mereka keletihan dan tertidur, sementara tanda tanda Qadar dapat disaksikan oleh mereka yang benar-benar ikhlas beriman dan beribadah kepada Allah pada malam itu.
Memintas Seribu Bulan menemui penonton pada 18 Ogos 2011, jam 1.30 petang di TV2 menyaksikan lakonan berkesan Jalil Hamid, Munir (PhyneBallerz), Acong (SweetChild), Airis Yasmin, Hisham Ahmad Tajuddin dan Yeo Eng Hee.