Home » » Testimoni dR-Betes, dRQ10

Testimoni dR-Betes, dRQ10

Doktor menyarankan supaya saya berehat di rumah kerana sakit jantung yang saya alami mungkin bertambah teruk jika terus melakukan kerja berat tetapi saya terpaksa bekerja setiap hari memandu lori untuk menyara kehidupan keluarga.

"Bukan itu saja, saya juga mengalami masalah lenguh kaki, sakit dada, kebas kaki dan tangan serta sakit di bahagian tengkuk hinggakan tidak berdaya untuk menanggung kesakitan," kata Miswan Md Ali, 49.

Miswan berkata, dia juga mengalami sakit kepala atau migrain disebabkan tekanan darah tinggi dihidapinya menyebabkan isterinya, Salina Mahpudz, 40-an bimbang dengan keadaan dialaminya.

Dia yang kini menetap di Tanjung Karang, Selangor berkata, walaupun sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang dialaminya masih pada tahap normal, dia pernah mencuba membeli pelbagai produk di pasaran untuk mengurangkan masalahnya tetapi sia-sia.

"Banyak produk kesihatan saya beli untuk merawat penyakit dihadapi, namun tiada perubahan.

"Bukan itu saja, kencing manis yang saya alami turut meningkat serta menjadi tidak terkawal sehingga menyebabkan penglihatan saya kabur.


"Selain itu,saya turut mempunyai masalah jantung, dada kerap sakit seperti dihiris dengan pisau hingga saya mengalami gangguan tidur terutama pada waktu malam," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Miswan berkata, adik iparnya, Azah Aziz, 41, yang juga pengedar aktif dR Rozmey Group (dRG) kemudian menyarankan dia menggunakan produk dR-Betes dan dRQ10 untuk membantu menangani masalah dihadapinya.

Katanya, selepas menggunakan produk itu sejak beberapa bulan lalu, masalah dialaminya berkurangan, malah dia kini sudah boleh melakukan kerja seperti biasa.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk berkongsi kejayaan beliau sebagai testimoni dRG boleh menghubungi talian 017-6466911 atau 013-2419469 layari web - http://www.jusmate5azahaziz.com 017-6150613 / 013-6159805.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey berkata, pengguna yang mengamalkan produk keluaran syarikatnya berpeluang menceburi bidang perniagaan bersama dRG sebagai sumber pendapatan tetap dan sampingan bagi menyara keluarga.

"Mereka yang ligat berniaga bersama kami mampu memperoleh keuntungan sehingga empat atau lima angka sebulan dengan hanya menjalankan perniagaan menggunakan hujung jari mereka melalui komputer dan Internet di rumah atau pejabat," katanya.,

Dr Che Rozmey berkata, dengan kecanggihan teknologi masa kini, pengguna berpeluang melayari pasar raya mereka di Internet dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk keluaran syarikatnya.

Katanya, usahawan dRG tidak perlu menghadiri seminar atau kursus perniagaan yang hanya merugikan masa dan tenaga sebaliknya hanya perlu klik di Internet dan membuat pesanan melalui panggilan di kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

"Mereka hanya perlu memasukkan wang melalui akaun atau menggunakan sistem pembayaran secara online yang mudah seperti di Maybank2U.com atau CIMB klik dan pesanan yang dibuat akan dihantar terus kepada pengguna berdasarkan alamat diberi pengguna.

"Kami akan menghantar barangan dipesan terus ke rumah pengguna melalui penghantaran percuma Skynet yang hanya akan diterima dalam tempoh 24 atau 48 jam dari tarikh pesanan," katanya.

Beliau berkata, pengguna baru yang berminat menjadi ahli boleh membeli tiga jenis produk dRG pada harga RM450 dan berpeluang membeli produk syarikat itu pada hari seterusnya pada harga ahli RM150 sekotak manakala bukan ahli RM200 sekotak.

Dr Che Rozmey berkata, dengan jumlah ahli seramai satu juta orang dan 20,000 pengedar aktif di seluruh negara, beliau yakin produk keluaran syarikatnya akan menembusi pasaran global tidak lama lagi, malah menjadi sebutan ramai setanding produk kesihatan berjenama antarabangsa.

Katanya, mereka yang berminat boleh melayari laman web www.herbaprima.com.my atau www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces .com.

Mereka juga boleh menghubungi 04-9175466 atau 04-9175845 untuk maklumat lanjut.



 
Chatroom