Home » » Sinopsis Drama Nur Ar-Rahman,19 Ogos, jam 1.30 petang,TV2

Sinopsis Drama Nur Ar-Rahman,19 Ogos, jam 1.30 petang,TV2

Sinopsis Drama Nur Ar-Rahman

Drama Nur Ar-Rahman mengisahkan kehidupan Rahman yang ketandusan kasih sayang keluarga dan tiada bimbingan agama. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam dirinya. Selepas terlibat dalam pergaduhan, Rahman melarikan diri sehingga bertemu dengan seorang mualaf, Rahim Lee dan tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan yang tidak berfaedah.

Drama Nur Ar-Rahman



Rahim Lee pula menghadapi dilema dalam memilih Siti Khatijah dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya. Kejelitaannya Siti Khatijah terserlah berlandaskan agama. Manakala Saerah pula terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan. Adakah Rahim Lee akan memilih antara satu? Atau memilih kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Semuanya akan terjawab dalam drama ini.

Pelakon Drama Nur Ar-Rahman: Hishamuddin Ahmad sebagai Rahman, Harlym Yeo sebagai Rahim Lee, Corinne Adrienne sebagai Siti Khadijah Wong dan Watie Sadali sebagai Saera

Drama Nur Ar-Rahman akan bersiaran pada 19 Ogos ini, jam 1.30 petang di TV2.



 
Chatroom