Home » » Diet kanak-kanak - Produk Anmum Essential tanpa gula tambahan

Diet kanak-kanak - Produk Anmum Essential tanpa gula tambahan

Setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak. Peranan ibu bapa amat penting untuk memupuk tabiat pemakanan sihat, memilih makanan berkhasiat dan baik untuk kesejahteraan mental serta perkembangan fizikal si kecil.

Pengetahuan cetek dan kurang prihatin mengenai perkara itu boleh memberi implikasi kepada kesihatan anak termasuk masalah gemuk dan berat badan berlebihan yang antara lain berpunca daripada ketidakseimbangan tenaga antara pengambilan makanan dan penggunaan kalori.

Menambah kepada kemelut itu ialah kekeliruan terhadap definisi, fungsi gula khusus gula tambahan dalam diet kanak-kanak dan sebagainya. Masih lagi ada tertanyatanya mengenai kandungan gula untuk kesihatan. Apa yang penting, jumlah pengambilan gula dan perubahan besar dalam meningkatkan kualiti diet mereka.

Pengarah Pusat Penyelidikan Nutrisi Kanak-kanak dari Universiti of Queensland, Australia, Prof Peter Davies, berkata jika kanak-kanak tidak mencapai keseimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan kalori, berat badan mereka akan meningkat dengan ketara.

"Karbohidrat merangkumi sebahagian besar daripada pengambilan kalori kanak-kanak dan selepas dimakan semua karbohidrat akhirnya akan menjadi gula dalam badan. Karbohidrat seharusnya diambil daripada sumber makanan yang tinggi kandungannya seperti kanji. Tiada keperluan sebenar bagi mereka untuk makan jumlah gula tambahan yang banyak.

"Memilih makanan yang padat dengan khasiat yang baik dapat memastikan tubuh badan kanakkanak menerima khasiat diperlukan untuk perkembangan dan tumbesaran. Secara perbandingan, jika mereka mengambil jumlah kalori yang sama dirujuk sebagai kalori kosong dan pengambilan berlebihan meningkat risiko berat badan berlebihan dan kegemukan," katanya ketika Persidangan Saintifik Bebas, di Hotel One World, baru-baru ini.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk `Pentingnya Keseimbangan Tenaga dalam Diet Kanak-kanak'. Turut Ketua Saintis Institut Penyelidikan Makanan dan Tumbuhan New Zealand, Dr John Monro serta Pengurus Besar Fonterra Brands, David Ross.

Prof Peter berkata, tindakan mengehadkan jumlah gula tambahan dalam diet kanak-kanak sangat digalakkan dan ibu bapa perlu sedar apabila membuat keputusan mengenai jenis makanan dan minuman yang disediakan itu.

Dr Monro pula berkata, sesetengah makanan mengandungi gula secara semula jadi, gula tambahan dan ramuan tertentu akan bertukar menjadi gula di dalam badan dengan cepat. Walau apa pun oleh sebab semua bahan mudah hadam dengan pantas, sifatnya sama dari segi pemakanan.

"Ada gula tambahan dalam pelbagai makanan dan minuman yang diproses. Sesetengah ibu bapa menganggap ia sebagai sihat. Oleh kerana nama ramuan yang kurang dikenali digunakan seperti surkosa, maltosa, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa. Ramai ibu bapa yang memberikan gula tanpa disedari.

"Mengikut Garis Panduan Pelabelan Malaysia, semua gula sama ada semula jadi atau ditambah disenaraikan sebagai sebahagian daripada karbohidrat manakala kandungan serat disenaraikan secara berasingan," katanya.

Dr Monro berkata, susu tepung mengandungi karbohidrat dan gula. Paras laktosa secara semula jadi dalam susu biasa adalah kira-kira 11 hingga 12 gram setiap hidangan dan ini bermakna jumlah karbohidrat dalam setiap hidangan ialah petunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan anggaran gula tambahan serta produk susu.

Paras yang jauh lebih tinggi daripada tahap laktosa semula jadi menandakan penambahan gula tambahan. Justeru, sebagai sebahagian daripada komitmen, peneraju dunia dalam pemakanan tenusu dari New Zealand, Fonterra, memainkan peranan penting dalam kempen pendidikan pemakanan dan kesihatan wanita serta kanak-kanak.


Menerusi produk Anmum Essential tanpa gula tambahan yang diperkenalkan syarikat berkenaan adalah satu-satunya susu tepung untuk kanak-kanak membesar tanpa gula tambahan yang sihat.

Oleh Hidayah Mohammad



 
Chatroom