Home » » Petua Cantik Ratu Cantik Dunia Malaysia,Nadia Heng

Petua Cantik Ratu Cantik Dunia Malaysia,Nadia Heng

Nadia Heng beranggapan wanita cantik merangkumi fizikal dan aktiviti seseorang itu. Misalnya dia memilih Ratu Cantik Lina Teoh dan Datuk Michelle Yeoh yang bukan sahaja cantik tetapi berbakat, bijak dan mengharumkan nama Malaysia ke luar negara.

Tentang penjagaan kecantikan, Nadia bukanlah seorang yang terlalu cerewet sebaliknya lebih gemar bersikap sederhana.Gemar makan aiskirm


Amalan kecantikannya dilakukan sama seperti wanita-wanita lain iaitu menggunakan produk asas seperti pembersih muka dan pelembap muka. Kebiasaan dia menggunakan produk Skinz yang serasi dengan kulitnya selepas diamalkan sejak dua tahun lalu.

Cuma yang menariknya dia tidak takut untuk menikmati aiskrim dan coklat yang dielakkan oleh sesetengah wanita.

"Saya kurang bersetuju dengan beberapa persepsi yang mengatakan apabila kita menikmati aiskrim dan coklat akan mempengaruhi kalori dalam badan.

"Jangan bimbang pasal kalori dan hanya menikmati aiskrim mengikut kesukaan tersendiri. Saya suka aiskrim Magnum Classic perisa vanila dan coklat. Lebih seronok apabila dimakan sewaktu masa lapang sambil bersantai di tepi pantai dan selepas berenang.

"Saya merasakan aiskrim bukan sahaja memberikan kenikmatan dari segi rasanya tetapi juga ketenangan dan keseronokan berganda," ujarnya yang sedang mempertimbangkan untuk berlakon filem.

Selain itu, dia memegang kepada petua dan nasihat daripada ibunya yang sudah berusia 60 tahun, namun masih memiliki kulit yang lembut.

Ibunya berketurunan Inggeris dan berasal dari Kent, England manakala bapanya berketurunan Cina dan kini mereka menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Ibu saya mengajar saya untuk menggunakan Vaseline untuk melembapkan bibir dan kulit. Dia juga mengajar saya melakukan rawatan stim muka dengan menggunakan air panas di rumah.

"Selain itu, dia mengajar kami agar menjadikan senaman sebagai budaya gaya hidup. Dia juga sangat mengawal pemakanan kami dari kecil serta menggalakkan budaya memasak di rumah.

"Jadi, saya dan kembar saya jarang menikmati makanan segera di luar dan sekali atau dua kali sebulan baru kami makan di luar," ceritanya.



 
Chatroom